Analisis laporan Penang International Halal Hub (PIHH) mengenai trend pensijilan halal produk makanan, bahan mentah dan premis makanan di Pulau Pinang dari tahun 2010 hingga 2017

Khairudin Shaary, and Mohammad Amir Wan Harun, and Khairunisak Shaary, (2020) Analisis laporan Penang International Halal Hub (PIHH) mengenai trend pensijilan halal produk makanan, bahan mentah dan premis makanan di Pulau Pinang dari tahun 2010 hingga 2017. Jurnal Hadhari, 12 (1). pp. 61-72. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
565kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1279

Abstract

Pensijilan halal di Malaysia merupakan tanggungjawab dan jaminan terhadap kredibiliti kehalalan sesuatu produk atau makanan. Penang International Halal Hub (PIHH) merupakan sebuah perbadanan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab untuk membangunkan inisiatif halal di negeri ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti analisis laporan PIHH berkaitan pemerolehan sijil halal bagi kategori produk makanan, bahan mentah dan premis makanan dari tahun 2010 hingga 2017. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual secara tidak berstruktur dan menganalisis dokumen mentah yang dilampirkan PIHH. Temu bual dilaksanakan bersama Penolong Pegawai Teknologi Makanan PIHH dan analisis dokumen yang dilakukan secara induktif. Dapatan kajian menunjukkan pemilikan sijil halal bagi kategori produk makanan meningkat sebanyak 364% dan pemilikan sijil halal bagi kategori premis makanan mencatatkan peningkatan sebanyak 305% dari tahun 2010 hingga 2017. Bagi kategori bahan mentah, kajian ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama bermula tahun 2010 hingga 2013 mencatatkan peningkatan sebanyak 700%, namun fasa kedua iaitu pada 2014 hingga 2017 penurunan mencatatkan sebanyak 380%. Usaha menambah baik dan mempromosikan inisiatif halal kategori bahan mentah perlu diperhebatkan kerana bahan mentah merupakan asas penting kepada kelestarian halal dalam aspek produk makanan dan premis makanan.

Item Type:Article
Keywords:Analisis; Laporan; Produk makanan; Bahan mentah; Premis makan
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:15497
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2020 06:15
Last Modified:30 Oct 2020 03:29

Repository Staff Only: item control page