Kemampuan pemilikan rumah dalam kalangan M40 di Malaysia

Rosliana Mohamed, and Zaimah Ramli, and Sarmila Md Sum, (2020) Kemampuan pemilikan rumah dalam kalangan M40 di Malaysia. AKADEMIKA, 90 (1 (SI)). pp. 63-74. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
293kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256

Abstract

Memiliki rumah sendiri merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam menjamin rasa selamat setiap individu dan keluarga. Namun, kenaikan harga rumah yang senantiasa berlaku dari setahun ke setahun memberikan tekanan kepada mereka yang belum memiliki rumah sendiri, terutamanya mereka yang bekerja dan menetap di bandar-bandar utama di Malaysia. Harga rumah yang ditawarkan di kawasan bandar amat mahal harganya secara bandingan. Hal ini menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan berpendapatan pertengahan sukar untuk memiliki rumah sendiri. Justeru kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam kumpulan pendapatan pertengahan (M40). Kajian berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah survei. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengutipan data. Sampel kajian adalah penjawat awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Analisis deskriptif digunakan bagi menjawab objektif kajian. Secara umum, hasil kajian mendapati kemampuan penjawat awam dalam kumpulan M40 untuk memiliki rumah adalah pada tahap sederhana. Hasil kajian mendapati faktor pendapatan, harga dan jenis rumah adalah faktor utama yang mempengaruhi pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam B40. Manakala, kadar pembiayaan dan insentif perumahan adalah faktor sampingan dalam penentuan pemilikan rumah. Penemuan ini perlu diberi perhatian oleh penggubal polisi dalam usaha merangka dan menambahbaik pelaksanaan dasar dan pembangunan perumahan negara. Hal ini perlu demi memenuhi keperluan sebenar penjawat awam M40 dalam memiliki rumah demi keselesaan dan kesejahteraan hidup berkeluarga.

Item Type:Article
Keywords:Pemilikan rumah; Kemampuan; Pendapatan; Penjawat awam; Kumpulan M40
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15499
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2020 06:50
Last Modified:30 Oct 2020 15:37

Repository Staff Only: item control page