Amalan keselamatan makanan dalam kalangan pengendali makanan

Mohamad Ridzuan Mohamad Salleh, and Azahan Awang, and Azlan Abas, and Sytty Mazian Mazlan, (2020) Amalan keselamatan makanan dalam kalangan pengendali makanan. AKADEMIKA, 90 (1 (SI)). pp. 87-101. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
428kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256

Abstract

Pengendalian makanan yang tidak selamat adalah faktor utama yang sering dikaitkan dengan kejadian penyakit bawaan makanan. Berjuta manusia di seluruh dunia jatuh sakit dan ramai antaranya meninggal dunia akibat memakan makanan yang tidak selamat. Status pengendalian makanan berkait rapat dengan tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengendali makanan. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kebersihan di premis makanan; menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengendali makanan berkaitan keselamatan makanan serta mengenal pasti perhubungan antara pengetahuan, sikap dan amalan. Kajian ini telah dijalankan di Tanjung Lumpur Kuantan, Pahang menggunakan borang soal selidik. Responden adalah terdiri daripada sejumlah 61 pengendali makanan daripada 61 premis makanan yang berlesen dengan pihak Majlis Perbandaran Kuantan. Hasil kajian mendapati responden mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan keselamatan makanan. Responden dikesan kurang pengetahuan berkaitan perkara memanaskan makanan yang telah dimasak (74.3%) dan suhu selamat makanan yang telah dimasak (72.5%). Hasil kajian juga mendapati sikap responden adalah positif. Amalan responden dalam keselamatan makanan pula mendapati responden mempunyai amalan yang baik. Dapatan menunjukkan tiada perhubungan yang signifikan di antara pengetahuan, sikap dan amalan. Walau bagaimanapun terdapat perhubungan yang signifikan antara pengalaman sebagai pengendali makanan dan pengetahuan responden (r=0.253, p=0.049). Kajian ini mendapati pengendali makanan menunjukkan pengetahuan yang baik, sikap yang positif dan amalan yang cemerlang dalam keselamatan makanan. Namun, pengendali makanan masih kurang pengetahuan asas kebersihan makanan, khususnya mengenai pemanasan makanan dan pengawalan suhu selamat untuk makanan yang telah dimasak. Kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk membangunkan strategi yang lebih berkesan ke arah menambah baik aspek kebersihan makanan di kawasan mereka dalam memastikan makanan yang dijual di premis makanan bukan sahaja bersih tetapi apa yang lebih penting bebas dari penyakit bawaan makanan.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan makanan; Pengurusan premis; Kesihatan persekitaran; Keselamatan sumber; Pengurusan persekitaran
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15501
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2020 07:21
Last Modified:30 Oct 2020 15:41

Repository Staff Only: item control page