Analisis penilaian iklim keselamatan pekerja di bahagian operasi sistem pengangkutan rel bandar Malaysia

Kadir Arifin, and Norfadillah Derahim, and Kadaruddin Aiyub, (2020) Analisis penilaian iklim keselamatan pekerja di bahagian operasi sistem pengangkutan rel bandar Malaysia. AKADEMIKA, 90 (1 (SI)). pp. 103-113. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
279kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256

Abstract

Tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi sistem pengangkutan rel tidak boleh diabaikan disebabkan perkhidmatannya melibatkan pelbagai pihak berkepentingan terutamanya orang awam dan pekerja. Sehubungan dengan itu, konsep iklim keselamatan pekerja diperkenalkan sebagai alternatif baru bagi mengenal pasti sejauh mana keberkesanan usaha organisasi dalam mengurus isu ini dari sudut persepsi pekerja. Kajian ini dilaksanakan bagi menganalisis penilaian iklim keselamatan pekerja menerusi tiga konstruk utama iaitu iklim keselamatan organisasi, iklim keselamatan penyelia dan iklim keselamatan rakan sekerja serta hubungan di antaranya. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik melibatkan sejumlah 226 pekerja di dua buah organisasi pengendali pengangkutan rel bagi kawasan Klang Valley/Greater KL. Ujian deskriptif dan ujian inferensi melalui penilaian Korelasi Pearson diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa iklim keselamatan pekerja adalah berada di tahap sederhana (min= 3.53). Konstruk iklim keselamatan penyelia merupakan konstruk yang berskor paling tinggi (min = 3.68) diikuti dengan iklim keselamatan rakan sekerja (min = 3.51) dan iklim keselamatan organisasi (min = 3.39). Ujian Korelasi Pearson menunjukkan kesemua konstruk mempunyai hubungan yang tinggi dan signifikan (r ≥ 0.537). Dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga figura iaitu organisasi, penyelia dan rakan sekerja mempunyai peranan penting dalam meningkatkan tahap iklim keselamatan pekerja. Hasil kajian boleh dijadikan panduan kepada organisasi bagi meningkatkan lagi kualiti keselamatan dan kesihatan pekerjaan terutamanya bagi organisasi pengendali sistem pengangkutan rel bandar di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Iklim keselamatan; Iklim keselamatan organisasi; Iklim keselamatan penyelia; Iklim keselamatan rakan sekerja; Pengangkutan rel bandar
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15503
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2020 12:46
Last Modified:30 Oct 2020 15:42

Repository Staff Only: item control page