Junaidi Awang Besar, and Siti Nor 'Isma Mohd Razali, and Rosniza Aznie Che Rose, (2020) Faktor mempengaruhi pemilikan rumah dalam kalangan isi rumah berpendapatan sederhana. AKADEMIKA, 90 (1 (SI)). pp. 115-127. ISSN 0126-5008
|
PDF
283kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256
Abstract
Setiap individu ingin memiliki rumah yang selesa dan harga yang berpatutan untuk menghasilkan kualiti hidup yang baik. Rumah dapat menjadi lambang kekayaan dan pencapaian diri individu. Nilai rumah secara amnya meningkat setiap tahun dan rumah yang dibeli dapat dijadikan sebagai aset pelaburan jangka masa panjang. Oleh itu, keputusan untuk pembelian rumah merupakan satu keputusan yang paling besar dan penting dalam hidup seseorang di mana kesilapan dalam membuat pilihan akan menyebabkan individu menanggung beban kewangan yang tinggi terutamanya bagi isi rumah berpendapatan sederhana. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk mengkaji faktor pemilikan rumah di kawasan DUN Tras, Raub, Pahang. Penulisan makalah ini adalah berdasarkan daripada metod soal selidik terhadap 380 orang responden yang terdiri daripada golongan isi rumah berpendapatan sederhana. Seterusnya, data daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS dan ditunjukkan dalam bentuk jadual serta penulisan hasil kajian ini dikukuhkan dengan sumber sekunder yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendapatan isi rumah merupakan faktor utama yang mempengaruhi kemampuan pemilikan rumah. Selain itu, majoriti responden bersetuju bahawa isu pemilikan rumah dapat diatasi dengan campur tangan pihak kerajaan di mana kerajaan perlu membuat pengawalan terhadap harga hartanah terutama hartanah kediaman. Justeru, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan umum atau panduan semua pihak terutamanya para pemaju dan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah pemilikan rumah di kawasan kajian. Pihak yang terlibat juga perlu lebih peka dalam memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat sebaik mungkin sekali gus memastikan kesejahteraan hidup masyarakat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pemilikan; Rumah; Isi rumah; Berpendapatan sederhana; Hartanah |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 15504 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 28 Oct 2020 13:06 |
Last Modified: | 30 Oct 2020 15:43 |
Repository Staff Only: item control page