Faktor pemilihan pekerjaan tidak formal dalam kalangan generasi muda

Rosniza Aznie Che Rose, and Hanis Misrin, and Noordeyana Tambi, and Junaidi Awang Besar, (2020) Faktor pemilihan pekerjaan tidak formal dalam kalangan generasi muda. AKADEMIKA, 90 (1 (SI)). pp. 147-160. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
339kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada faktor pemilihan kerjaya golongan generasi muda dalam sektor tidak formal. Perkembangan bandar Gemas, Negeri Sembilan telah mewujudkan peluang ekonomi terutama dalam sektor tidak formal kepada penduduk di kawasan sekitarnya. Majoritinya, golongan generasi muda telah melihat perkembangan ekonomi melalui sudut yang positif sehingga menyebabkan mereka tidak perlu lagi untuk bermigrasi ke luar untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Walaubagaimanapun, purata pendapatan dalam sektor ini adalah kecil dan tidak menentu kerana bergantung kepada jumlah pelanggan yang diperolehi sehingga dikatakan golongan generasi muda tidak mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka. Justeru, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis atau profil aktiviti pekerjaan yang diceburi. Di samping itu, menganalisis jumlah pendapatan dan perbelanjaan serta beberapa cadangan diperlukan bagi meningkat kesedaran generasi muda terhadap pendidikan. Instrumen kajian yang telah digunakan adalah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada generasi muda yang terlibat secara langsung dalam pekerjaan tidak formal dan temu bual tidak langsung bersama responden bagi mendapatkan maklumat tambahan. Seramai 150 orang responden dipilih berdasarkan kaedah Krejcie dan Morgan. Mengikut hasil kajian yang dianalisis menggunakan Statiscal Package For Science Social (SPSS) mendapati pendapatan yang diperolehi juga mencukupi dan sesuai dengan perbelanjaan yang dilakukan. Di samping itu, antara inisiatif yang diwujudkan oleh kerajaan ialah seperti PTPTN, TVET, MARA dan JPA untuk menggalakkan generasi muda mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi. Maka, pembangunan golongan generasi muda haruslah sentiasa dipertingkatkan bagi menjamin kemajuan masyarakat dan negara.

Item Type:Article
Keywords:Belia; Geografi penduduk; Pekerjaan; Usahawan; Sosioekonomi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15506
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2020 13:37
Last Modified:30 Oct 2020 15:46

Repository Staff Only: item control page