Perkembangan politik era Malaysia baharu: pandangan eksklusif belia terpelajar

Mohd Mahadee Ismail, and Azlina Abdullah, and Nor Azlili Hassan, and Mohd Sabri Md Nor, (2020) Perkembangan politik era Malaysia baharu: pandangan eksklusif belia terpelajar. AKADEMIKA, 90 (1 (SI)). pp. 161-173. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
298kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256

Abstract

Artikel ini memfokuskan perbincangan tentang pandangan golongan belia terpelajar terhadap perkembangan politik di Malaysia khususnya dalam era Malaysia Baharu hari ini. Golongan belia terpelajar adalah generasi pewaris negara pada masa hadapan. Mereka bukan sahaja menjadi pemangkin pembinaan negara dan bangsa, tetapi mereka juga adalah kumpulan yang bakal mencorakkan hala tuju politik dan kepimpinan negara di masa depan. Sementara itu, era Malaysia Baharu telah ditonjolkan selepas berlakunya pertukaran kerajaan daripada kepimpinan Barisan Nasional yang menerajui pemerintahan negara semenjak kemerdekaan negara kepada kerajaan baru Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. Malaysia Baharu dikatakan membawa ‘nafas baru’ angin perubahan dalam segenap aspek kehidupan merangkumi hal ehwal politik, pembangunan ekonomi dan pemerkasaan sosiobudaya ke arah yang lebih baik berbanding dengan era sebelumnya. Sehubungan dengan itu, satu kajian khusus telah dilaksanakan dalam kalangan belia terpelajar iaitu mahasiswa universiti awam di Semenanjung Malaysia yang bertujuan untuk mengenal pasti pandangan mereka terhadap perkembangan politik yang berlaku dalam negara ini. Kajian ini menggunakan kaedah Teknik Berkumpulan Nominal (NGT), Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada 800 orang responden belia terpelajar pelbagai etnik. Hasil kajian menunjukkan wujud variasi pandangan berdasarkan kumpulan etnik terhadap perkembangan politik semasa. Golongan belia terpelajar etnik Melayu didapati lebih objektif dalam mengemukakan pandangan mereka, manakala golongan belia terpelajar etnik Cina dan India pula didapati lebih positif dalam menunjukkan sokongan terhadap pemerintahan di era Malaysia Baharu ini.

Item Type:Article
Keywords:Belia terpelajar; Mahasiswa; Malaysia baharu; Perkembangan politik; Universiti awam
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15508
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2020 13:48
Last Modified:30 Oct 2020 15:47

Repository Staff Only: item control page