Cabaran projek tanaman cendawan sebagai asas transisi kerjaya keusahawanan agro kepada Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran

Rosmiza M.Z, and Mimi Halida Ghazali, (2020) Cabaran projek tanaman cendawan sebagai asas transisi kerjaya keusahawanan agro kepada Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (1). pp. 46-61. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
351kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1245

Abstract

Pandangan masyarakat yang rendah dan menghadkan peluang Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk diintegrasi dalam organisasi pekerjaan menyebabkan mereka berada dalam kancah kemiskinan. Golongan ini perlu diberi pendedahan seawal pendidikan formal bagi membina kemahiran vokasional, terutamanya aspek keusahawanan. Pendedahan ini bakal membentuk jati diri, sikap berdikari serta sifat keusahawanan agar mereka berupaya meneruskan kerjaya sebagai usahawan yang berdaya saing. Bagi merealisasikannya, Program Transisi Kerjaya (PTK) dalam bidang keusahawanan agro melibatkan kolaborasi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seri Pulau, Pulau Pinang dan sekolah-sekolah terpilih di Pulau Pinang diusahakan. Program ini memfokus kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Bermasalah Pembelajaran (BP) dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Sokongan utama daripada pihak pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa amat penting terhadap kelangsungan program ini. Persoalannya, trend penyertaan oleh pihak sekolah kurang memberangsangkan, malah terdapat sekolah yang tidak meneruskannya lagi. Oleh itu, kajian dilakukan untuk menilai cabaran yang dihadapi dalam mengusahakan projek cendawan kepada MBK BP ini. Reka bentuk kajian kualitatif dijalankan terhadap 14 informan melibatkan guru Pendidikan Khas di 14 buah sekolah PPKI yang terlibat dengan projek cendawan. Terdapat beberapa cabaran yang menjejaskan program ini antaranya kurangnya sokongan pihak pentadbir, guru tidak diberi latihan sewajarnya dan kurangnya sokongan ibu bapa. Selain itu, penyediaan infrastruktur yang kurang sempurna dan peruntukan modal turut memberi cabaran kepada kelangsungan program transisi kerjaya ini. Sokongan padu daripada pihak berkepentingan dilihat berupaya mengembangkan PTK ini. Selain membuka ruang pekerjaan sebagai agropreneur kepada golongan OKU, program ini mampu menjana ekonomi negara melalui sub sektor industri cendawan.

Item Type:Article
Keywords:Bermasalah pembelajaran; Keusahawanan agro; Murid berkeperluan khas; Pertanian lestari; Projek cendawan; Transisi kerjaya
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15516
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Oct 2020 01:27
Last Modified:02 Nov 2020 15:26

Repository Staff Only: item control page