Pola sokongan pengundi muda sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 di Malaysia

Yazid Saleh, and Siti Noranizahhafizah Boyman, and Hanifah Mahat, and Mohmadisa Hashim, and Nasir Nayan, and Saiyidatina Balkhis Norkhaidi, and Samsudin Suhaili, (2020) Pola sokongan pengundi muda sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (1). pp. 80-94. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
504kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1245

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pola pengundian dalam kalangan orang muda di Malaysia pada Pilihan raya Umum ke 14. Sebanyak lima domain utama iaitu pihak yang disokong, kriteria pemilihan, ciri-ciri calon, dasar parti dan isu semasa telah dipilih untuk melihat pola pemilihan ini. Kajian ini menggunapakai data primer yang diperoleh dari 47,116 responden daripada 98 Parlimen yang dipilih secara rawak sistematik serta data sekunder yang diperolehi dari buku, jurnal serta keratan akhbar. Analisis data primer melibatkan analisis frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai untuk meneliti profil responden dan tahap. Manakala analisis cross tab digunakan untuk melihat hubungan antara beberapa pemboleh ubah kajian, manakala data sekunder pula dianalisis menggunakan kaedah analisis dokumen. Berdasarkan analisis diadapati bahawa wujud kecederungan orang muda terhadap domain-domain tertentu berdasarkan latarbelakang pendidikan, umur, jantina serta lokasi kawasan. Kesimpulannya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa golongan muda memiliki perspektif yang tersendiri dalam pemilihan calon pilihanraya. Bagi mendapatkan sokongan dari orang muda, kriteria-kriteria yang telah dibincangkan tadi mestilah seiring dengan jiwa orang muda.

Item Type:Article
Keywords:Kecenderungan; Orang muda; PRU 14; Pengundi muda; Pilihan raya umum; Pola pengundian
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15518
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Oct 2020 01:41
Last Modified:02 Nov 2020 15:30

Repository Staff Only: item control page