Pengaruh faktor kendiri dan institusi mempengaruhi minat mengikuti program pembelajaran sepanjang hayat PPGB-JAIS-UPSI

Jamal@Nordin Yunus, and Khalip Musa, and Mahaliza Mansor, (2020) Pengaruh faktor kendiri dan institusi mempengaruhi minat mengikuti program pembelajaran sepanjang hayat PPGB-JAIS-UPSI. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (1). pp. 95-111. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
595kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1245

Abstract

Tujuan utama program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, nilai, kemahiran dan kompetensi. Program PSH dilaksanakan melalui inisiatif Program Pensiswazahan Guru Besar Jabatan Agama Islam Selangor (PPGB-JAIS) yang telah bermula semenjak 2009 bagi memenuhi keperluan individu dan guna tenaga. Oleh itu, keperluan ingin mengetahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan guru-guru JAIS berminat mengikut program ini serta dikaitkan dengan falsafah dan lonjakan ketiga ke arah menghayati PSH. Tujuan utama kajian ini ialah mengenal pasti faktor kendiri dan institusi mempengaruhi minat mengikuti program ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan reka bentuk deskriptif tinjauan kepada 160 orang pelajar PPGB-JAIS melalui web survey. Teknik persampelan bertujuan digunakan dalam menentukan sampel. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan bagi menjawab tujuan kajian. Hanya 99 orang responden sahaja menjawab soal selidik tersebut. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan SmartPLS bagi menentusahkan dan kebolehpercayaan faktor-faktor mempengaruhi minat mengikuti PPGB-JAIS. Hasil kajian menunjukkan faktor kendiri dan institusi menyumbang sebanyak 43 peratus mempengaruhi minat mengikuti program ini. Faktor kendiri telah menyumbang 29 peratus manakala faktor institusi menyumbang 14 peratus terhadap minat mengikut program ini. Kesimpulan kajian ini dapat membuka pandangan baharu tentang faktor kendiri dan institusi memberikan kesan terhadap minat pelajar mengikut program PSH. Hal ini menunjukkan bahawa kedua-dua faktor perlu diambil kira dalam menyediakan program PSH. Kajian mencadangkan agar pihak penyedia PSH perlu mengambil kira kedua-dua faktor ini untuk menggalakkan mereka mengikut program tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran sepanjang hayat; Kendiri; Institusi; Minat; SmartPLS
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15519
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Oct 2020 01:52
Last Modified:02 Nov 2020 15:31

Repository Staff Only: item control page