Pengetahuan terhadap perkhidmatan ekosistem dan sumbangannya kepada kehidupan komuniti di Kuala Sepetang, Perak

Mohd Azmeer Abu Bakar, and Asyirah Abdul Rahim, and Mohammad Izzamil Mohd Nasir, (2020) Pengetahuan terhadap perkhidmatan ekosistem dan sumbangannya kepada kehidupan komuniti di Kuala Sepetang, Perak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (1). pp. 139-154. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
438kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1245

Abstract

Kemusnahan alam sekitar dan kepupusan biodiversiti telah menjadi suatu isu yang sangat membimbangkan. Keterancaman biodiversiti ini dijangka akan berterusan dan meningkat pada masa akan datang jika tiada tindakan serius yang diambil oleh semua pihak berkepentingan. Kemerosotan dan kepupusan sumber semula jadi yang menjejaskan perkhidmatan ekosistem bukan sahaja menjadi isu dan cabaran di peringkat global, malah turut memberi impak kepada Malaysia. Oleh itu, kajian mengenai tahap pengetahuan komuniti dan sumbangan perkhidmatan ekosistem perlu dilakukan dengan memfokuskan kepada empat kategori perkhidmatan ekosistsem iaitu perkhidmatan-perkhidmatan pembekalan, kawal atur, sokongan, dan budaya. Sejumlah 249 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada anggota kuminiti di kawasan Kuala Sepetang, Perak. Data yang diperoleh melalui borang soal selidik ini, dianalisa dengan menggunakan kaedah Indeks Kepentingan Relatif (RII) dalam menentukan kedudukan item dan kategori. Kajian mendapati tahap pengetahuan komuniti setempat terhadap keempat-empat kategori perkhidmatan ekosistem adalah baik iaitu perkhidmatan pembekalan, perkhidmatan kawal atur, perkhidmatan sokongan dan perkhidmatan budaya. Sumbangan perkhidmatan ekosistem sokongan menunjukkan sumbangan terbesar dalam kehidupan harian penduduk dan secara tidak langsung membantu dalam kelangsungan hidup. Alam sekitar semula jadi terbukti menyediakan perkhidmatan ekosistem yang sangat penting dan menjadi elemen yang utama dalam kehidupan harian komuniti tempatan. Perkhidmatan ekosistem bukan hanya memberi perkhidmatan kepada manusia tetapi juga menjadi sistem bantuan kehidupan yang berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:Alam sekitar; Sumber semula jadi; Komuniti; Indeks kepentingan relatif; Perkhidmatan ekosistem; Pengetahuan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15522
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Oct 2020 02:27
Last Modified:02 Nov 2020 15:41

Repository Staff Only: item control page