Pentadbiran British di Sabah: kesejahteraan anak negeri melalui penubuhan Mahkamah Anak Negeri 1884-1965

Azlizan Mat Enh, and Salbiya Jamaluddin, (2020) Pentadbiran British di Sabah: kesejahteraan anak negeri melalui penubuhan Mahkamah Anak Negeri 1884-1965. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (1). pp. 155-167. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
327kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1245

Abstract

Undang-undang adat istiadat di Sabah memainkan peranan yang penting dalam mengatur cara hidup masyarakat anak negeri yang terdiri daripada pelbagai suku dan budaya. Justeru, pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (BNBCC) di Sabah tidak campur tangan dalam urusan hukum adat masyarakat tempatan. Oleh itu, bagi menjamin kebajikan dan keistimewaan masyarakat anak negeri Sabah, Mahkamah Anak Negeri telah ditubuhkan bagi mengendalikan hal ehwal anak negeri Sabah dari aspek perundangan adat. Artikel ini akan menganalisis kepentingan yang membawa kepada faktorfaktor utama penubuhan Mahkamah Anak Negeri ini kepada anak negeri Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan. Melalui kaedah ini, data-data yang diperolehi untuk menghasilkan artikel ini adalah daripada sumber-sumber pertama yang terdapat di Arkib Negeri Sabah dan dokumen-dokumen Mahkamah Anak Negeri. Hasil dapatan kajian ini mendapati penubuhan Mahkamah Anak Negeri adalah disebabkan beberapa faktor iaitu pengaruh undangundang adat, menjimatkan kos pentadbiran BNBCC, Piagam Diraja 1881 serta pertambahan populasi penduduk.

Item Type:Article
Keywords:Adat; Mahkamah Anak Negeri; Masyarakat; Sabah; Suku; Syarikat Borneo Utara British (BNBCC)
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15523
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Oct 2020 02:34
Last Modified:02 Nov 2020 15:44

Repository Staff Only: item control page