Ketersampaian penduduk terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Saravanan Sundara Sakaran, and Harifah Mohd Noor, and Rosmiza M.Z., (2020) Ketersampaian penduduk terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (1). pp. 168-181. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
623kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1245

Abstract

Ketersampaian merujuk kepada kemudahan untuk menuju ke sesuatu destinasi menerusi penggunaan pelbagai mod pengangkutan. Salah satunya adalah pengangkutan awam. Namun mod ini seringkali dikaitkan dengan ketidak berkesanannya seperti laluan perkhidmatan yang tidak menyeluruh terhadap beberapa laluan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi ketersampaian perkhidmatan pengangkutan awam (bas awam) di Bandaraya Kota Kinabalu. Kaedah kajian menggunakan data primer menerusi pemerhatian langsung terhadap perkhidmatan bas awam di beberapa laluan utama ke pusat Bandaraya. Beberapa sesi temu bual diadakan bersama agensi kerajaan dan pengusaha bas serta satu set borang kaji selidik diedarkan kepada 274 responden menerusi kaedah pensampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan nilai skor min dengan menggunakan alat analisis Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa jalan utama yang menghala ke pusat bandar tidak menerima perkhidmatan bas awam. Tiga faktor yang menyumbang kepada perkhidmatan laluan bas iaitu faktor pengusaha bas, faktor permintaan penduduk dan faktor Pihak Berkuasa Tempatan. Menerusi skor min purata menunjukkan faktor pengusaha bas adalah faktor tertinggi terhadap perkhidmatan laluan yang tidak menyeluruh, diikuti oleh faktor penduduk dan faktor Pihak Berkuasa Tempatan. Penemuan ini dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan serta beberapa agensi berkaitan untuk merangka dan merancang polisi perkhidmatan bas awam yang lebih menyeluruh kepada penduduk khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu.

Item Type:Article
Keywords:Ketersampaian; Kota Kinabalu; Laluan; Pengangkutan awam; Penduduk; Pengusaha bas
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15524
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Oct 2020 02:42
Last Modified:02 Nov 2020 15:46

Repository Staff Only: item control page