Faktor dan kesan murtad masyarakat Melayu menerusi novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani: satu penelitian takmilah

Muhammad Nur Al-Hakim Mohamad Hanafiah, and Mohd Firdaus Che Yaacob, (2020) Faktor dan kesan murtad masyarakat Melayu menerusi novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani: satu penelitian takmilah. Jurnal Melayu, 19 (2). pp. 189-204. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
385kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1344

Abstract

Fenomena murtad dalam kalangan masyarakat Melayu pada hari ini amat membimbangkan dan memberi kesan-kesan negatif kepada manusia. Murtad merujuk kepada perkara meninggalkan “keluar” dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme). Pengkajian ini mendasari tentang konsep-konsep Islam seperti akidah, dakwah dan khalifah dalam novel Tuhan Manusia karya Faisal (2007). Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu murtad. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merujuk kepada kaedah kepustakaan dan teks. Di samping itu, teori Takmilah dijadikan sebagai deduktif kajian dengan menggunakan prinsip-prinsip Islam, ilmu dengan sastera, Islam bersifat Akmal, khalayak yang bersifat Kamil sebagai sokongan analisis kajian agar lebih mapan dan sistematik. Kajian ini diharap dapat memberi kefahaman kepada khalayak bahawa melalui karya sastera juga dakwah dapat disampaikan dengan penuh kreatif dan berkesan kepada semua pembaca

Item Type:Article
Keywords:Faktor; Masyarakat Melayu; Murtad; Novel; Takmilah
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:15528
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Nov 2020 02:23
Last Modified:04 Nov 2020 13:50

Repository Staff Only: item control page