Nurul Afifah Adila Mohd Salleh, and Maslida Yusof, (2020) Praandaian dalam ucapan Perbahasan Parlimen Mahasiswa Sesi Pertama di Malaysia. Jurnal Melayu, 19 (2). pp. 270-286. ISSN 1675-7513
|
PDF
528kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1344
Abstract
Strategi penggunaan bahasa perlu diambil kira dalam sesuatu perucapan selain memastikan maklumat yang disampaikan jelas dan difahami. Sekiranya seseorang perucap berjaya menggunakan strategi berbahasa dengan baik, maka penyampaiannya akan menarik minat pendengar sekaligus dapat memahaminya. Kajian ini menganalisis praandaian sebagai salah satu daripada strategi penggunaan bahasa dalam komunikasi. Penggunaan praandaian ini akan tertumpu kepada ucapan Perbahasan Parlimen Mahasiswa Sesi Pertama di Malaysia sebagai bahan kajian. Ucapan perbahasan parlimen mahasiswa yang dipilih ini akan diteliti dan diasingkan ujaran-ujaran yang mengandungi praandaian. Perbahasan parlimen mahasiswa merupakan platform mahasiswa untuk mengutarakan pendapat dan berbincang tentang isu-isu terpilih yang telah ditetapkan oleh pengajur program iaitu Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pendekatan Yule (1996) digunakan sebagai garis panduan dalam menentukan dan mengkategori ujaran yang mengandungi praandaian. Hasil kajian mendapati terdapat empat Pencetus Praandaian yang digunakan dalam teks ucapan perbahasan parlimen mahasiswa iaitu praandaian eksistensial, faktif, struktural dan kaunterfaktual. Manakala dua lagi jenis praandaian iaitu non faktif dan leksikal tidak digunakan oleh pembahas dalam perbahasan ini. Praandaian yang digunakan dalam perbahasan parlimen mahasiswa mampu memberikan kefahaman maklumat kepada pembaca atau pendengar sekiranya mereka dapat memahami strategi-strategi yang digariskan. Kajian ini berjaya melihat pencetus praandaian yang digunakan dalam ucapan perbahasan dan bentuk bahasa yang digunakan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Praandaiaan; Pencetus praandaian; Strategi berbahasa; Ucapan; Perbahasan Parlimen Mahasiswa |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 15533 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Nov 2020 03:54 |
Last Modified: | 04 Nov 2020 14:17 |
Repository Staff Only: item control page