Syair suka duka dalam pelayaran ke Mekah: satu analisis pengkaedahan keagamaan

Nur Syazwani Bederohisam, and Zubir Idris, (2020) Syair suka duka dalam pelayaran ke Mekah: satu analisis pengkaedahan keagamaan. Jurnal Melayu, 19 (2). pp. 287-305. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
475kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1344

Abstract

Artikel ini mengajukan perbincangan tentang syair berunsur Islam, yang menjadi wadah pengarang dalam menyampaikan dakwah kepada khalayak pembaca. Dengan menggunakan naskhah Syair Suka Duka Dalam Pelayaran Ke Mekah sebagai data perbincangan, penulisan artikel ini menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang. Artikel ini memfokuskan kepada Teori Pengkaedahan Keagamaan, dengan penjurusan kepada Pendekatan Dakwah yang terdapat di dalam pecahannya, untuk meneliti nilai-nilai Islam yang terdapat dalam naskhah syair. Pendekatan ini berfungsi untuk melihat sastera sebagai wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan atau ketaatan seseorang insan kepada Allah. Dapatan kajian memperlihatkan bagaimana naskhah syair ini dapat berperanan sebagai wadah untuk meningkatan “kehambaan”, keimanan, ketakwaan dan ketaatan seseorang hamba kepada Pencipta-Nya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan pengisian syair berunsur dakwah yang diterapkan pengarang seperti mengagungkan sifat-sifat Allah, menyeru umat manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar, menekankan kebesaran doa selain memperlihatkan keindahan Baitullah. Nilai-nilai dakwah yang terkandung di dalam Syair Suka Duka Dalam Pelayaran Ke Mekah ini secara langsung menyerlahkan hasrat pengarang menyebarkan dakwah dan fahaman tentang Islam kepada khalayak pembaca, dan sekaligus menggambarkan keagungan Allah serta kebesaran Islam. ..

Item Type:Article
Keywords:Nilai Islam; Pengkaedahan keagamaan; Pendekatan dakwah; Takwa; Teori pengkaedahan Melayu
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:15534
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Nov 2020 04:04
Last Modified:04 Nov 2020 14:47

Repository Staff Only: item control page