Varian Melanau Sarawak: tinjauan di Melanau Igan

Norfazila Ab. Hamid, (2020) Varian Melanau Sarawak: tinjauan di Melanau Igan. Jurnal Melayu, 19 (2). pp. 321-335. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
441kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1344

Abstract

Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau IGAN (VM IGN). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM IGN terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VM IGN dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong dan melihat keberadaan alternasi dalam VM IGN ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural.Hasil kajian membuktikan bahawa VM IGN mempunyai 6 fonem vokal iaitu /i, u, e, o, , a/, memiliki lima diftong iaitu /-oj, -aw, -aj, -ej, -uj/ dan 21 fonem konsonan yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, /, dua konsonan letusan /t, d/, empat konsonan geseran /s, , , h/, empat konsonan nasal /m, n, , / satu konsonan getaran /r/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat merungkai segala permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian yang lepas dan dapat memelihara jati diri warisan bangsa Melanau Igan melalui bahasa.

Item Type:Article
Keywords:Fonem; Fonologi; Melanau Igan; Penyebaran; Struktural
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:15536
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Nov 2020 04:33
Last Modified:04 Nov 2020 14:49

Repository Staff Only: item control page