Kerelevanan penyelesaian masalah pembahagian pusaka Islam di Malaysia melalui pendekatan takhāruj

Md Yazid Ahmad, and Wan Najmiyah Wan Ali, and Anwar Fakhri Omar, (2019) Kerelevanan penyelesaian masalah pembahagian pusaka Islam di Malaysia melalui pendekatan takhāruj. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (2). pp. 17-28. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
16MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1241

Abstract

Peningkatan bilangan penduduk Islam di Malaysia seiring dengan perkembangan saiz populasi yang semakin meningkat. Secara implisitnya, unjuran nilaian harta pusaka yang tidak dituntut sehingga mencecah lebih Rm60 billion akan menjadi lebih kritikal jika pertambahan penduduk Islam ini tidak diimbangi dengan kesedaran dan kefahaman yang lebih menyeluruh berhubung undang-undang pusaka Islam termasuk mekanisme takhāruj dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan pengagihan pusaka. Walaupun hukum pusaka Islam dalam pembahagian harta pusaka adalah perlu diikuti dan digunakan, namun ia hendaklah dilaksanakan secara realistik dan praktikal agar matlamat di sebalik pensyariatannya tercapai. Justeru, objektif artikel ini bagi adalah membincangkan kerelevanan pemakaian mekanisme takhāruj yang bertindak sebagai wadah untuk menyelesaikan masalah pengagihan pusaka dalam kerangka perlembagaan dan sosioekonomi umat Islam di Malaysia. Kajian kualitatif ini bersandarkan sumber primer dan sekunder dengan menggunakan kaedah analisis dokumen yang disampaikan secara deskriptif. Dapatan kajian merumuskan bahawa pendekatan takhāruj adalah suatu yang signifikan dan relevan dalam konteks menyelesaikan masalah pengagihan pusaka masyarakat Islam dalam aspek menangani halangan undang-undang dalam kerangka perlembagaan yang mengekang waris dari memperoleh bahagiannya; menangani pemecahan saiz hartanah yang melampau; dan mengelakkan kelewatan urusan pembahagian harta pusaka.

Item Type:Article
Keywords:Undang-undang pusaka Islam; Takhāruj; Kerelevanan; Waris; Malaysia
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15575
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2020 03:51
Last Modified:05 Nov 2020 00:46

Repository Staff Only: item control page