Liberalisme dan pemikiran pemimpin Muslim di Malaysia

Ahmad Munawar Ismail, and Zakaria Stapa, (2019) Liberalisme dan pemikiran pemimpin Muslim di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (2). pp. 39-49. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
184kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1241

Abstract

Pemikiran liberal adalah aliran pemikiran yang berjuang untuk hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan beragama. Pemikiran ini dilihat memberi ancaman kepada keharmonian beragama kerana pentafsiran yang dibuat dalam hal berkaitan agama bergantung kepada perspektif rasional dan kontekstual. Tulisan ini memberi fokus kepada perbahasan epistemologi pemikiran liberal dan hubungannya dengan aliran pemikiran pemimpin Muslim di Malaysia. Menggunakan kaedah kualitatif, kajian ini turut melibatkan kaedah temu bual kepada seramai enam belas orang informan daripada kalangan pemimpin negara, pemimpin masyarakat dan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melihat realiti pemikiran ini dalam konteks Malaysia. Informan telah disampelkan menggunakan strategi persampelan bertujuan yang memfokuskan kepada keperluan untuk memperolehi maklumat dengan lebih fokus dan terbuka. Hasil kajian menunjukkan pemikiran liberal ini mempunyai analogi ilmu yang sangat panjang. Ia dipengaruhi oleh kepelbagaian keadaan sejarah dan kondisi negara termasuk pengaruh aristokrasi, industrialisasi dan agama. Pemikiran liberal juga adalah asas kepada ketamadunan sekular yang muncul kesan daripada bantahan golongan cendekiawan Barat terhadap sikap dan ideologi pembesar agama Kristian. Jelasnya, pemikiran liberal adalah acuan Barat dan kesannya dapat dilihat pada cara hidup dan budaya masyarakat Barat sekarang. Apa yang membimbangkan, hasil kajian juga menunjukkan pemikiran ini telah meresap masuk ke dalam pemikiran sebahagian rakyat Malaysia khususnya daripada kalangan pemimpin Muslim. Metode berfikir menurut kaedah ini perlu ditangani secara holistik kerana pemikiran beracuan liberal ini mampu menjejaskan metode berfikir umat Islam pelbagai latar belakang. Implikasinya, akan muncul pelbagai gerakan yang mendakwa mereka membawa panji-panji Islam padahal prinsipprinsip yang ditegakkan bersifat ekstrem dan bertentangan sama sekali dengan prinsip ajaran Islam.

Item Type:Article
Keywords:Liberalisme; Pemikiran Islam; Islam liberal; Fundamentalis; Ekstremisme
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15577
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2020 04:12
Last Modified:05 Nov 2020 00:58

Repository Staff Only: item control page