Manhaj lata’if dalam Tafsir Imam al-Razi

Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2019) Manhaj lata’if dalam Tafsir Imam al-Razi. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (2). pp. 51-59. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
12MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1241

Abstract

Pemahaman terhadap ayat-ayat al-Quran sangat penting dan merupakan anjuran daripada agama Islam. Ramai mufassir yang telah mengkaji dan mentafsirkan al-Quran, berdasarkan kepada kecenderungan mereka mahupun tuntutan semasa. Sehubungan dengan itu, Imam Fakhr al-Din al-Razi merupakan salah seorang mufassir al-Quran yang tersohor dengan pendekatannya yang tersendiri. Beliau telah memperkenalkan konsep Lata 'if Qur 'aniyyah. Beliau diberi jolokan sebagai Syeikh al-Islam pada zamannya, manakala Lata 'if Qur'aniyyahpula merupakan salah satu pendekatan yang terdapat dalam pentaftiran al-Quran. Justeru, artikal ini bertujuan untuk mengkaji perspektif Imam al-Razi terhadap Lala 'if Qur 'aniyyah di dalam kitab tafsirnya berjudul Mafatih al-Ghayb yang juga dikenali dengan nama al-Tafsir al-Kabir. Di samping itu, riwayat ringkas Imam al-Razi dan pengenalan terhadap tafsir beliau turut dinyatakan. Kajian analisis kandungan ini membabitkan keseluruhan perbahasan lata 'if dalam kitab tersebut dan data dianalisis secara deskriptif. Penekanan dalam penelitian secara kritis ditumpukan kepada aspek intipati kandungan dan persembahan Lata 'if Qur 'aniyyah itu sendiri. Dapatan kajian ini mendapati Imam al-Razi adalah mufassir pertama yang menampilkan manhaj Lata'if Qur'aniyyah secara sistematik, meliputi aspek nazari (teoretikal) dan juga tatbiqi (praktikal). la mengintegrasikan beberapa bidang ilmu dalam pengajian Islam secara komprehensif dengan menjadikan elemen tazkiyah dalam Ilmu Tasauf sebagai asas terpenting.Pelbagai uslub atau gaya ditampilkan oleh Imam al-Razi dalam membincangkanperbahasan lata 'if ini. Kajian ini mempunyai implikasi positif dalam mendepani perkembangan bidang pengajian Islam secara menyeluruh pada masa kini dan akan datang, terutamanya dalam konteks aplikasi tadabbur dalam pengajian al-Quran.

Item Type:Article
Keywords:Lata'if Quraniyyah; Tafsir Mafatih al-Ghayb; Imam Fakhr al-Din al-Razi; Tadabbur; Tazkiyah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15578
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2020 04:18
Last Modified:05 Nov 2020 01:04

Repository Staff Only: item control page