Pendefinisian pluralisme agama dalam konteks Malaysia

Nur Farhana Abdul Rahman, and Khadijah Khambali@Hambali, and Nur Solehah Shapiee, and Nur Ashilah Kahar, (2019) Pendefinisian pluralisme agama dalam konteks Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (2). pp. 61-70. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
218kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1241

Abstract

Istilah “Pluralisme Agama” yang digunakan dalam Bahasa Melayu sering menimbulkan kontroversi dalam kelompok pemikir dan ahli politik. Sebahagian pihak mengatakan ia adalah terjemahan kepada religious plurality iaitu kepelbagaian agama, manakala sebahagian lagi pihak mengatakan ia adalah terjemahan kepada istilah religious pluralism yang membawa kepada kecenderungan kesatuan kebenaran agama. Pemahaman di antara kepelbagaian agama dan kesatuan agama menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Muslim khasnya kecelaruan makna istilah-istilah tersebut berkait dengan kedudukan agama Islam yang memiliki kebenaran yang nyata. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan garis panduan asas dalam mencari limitasi antara pengiktirafan kepelbagaian agama atau kesatuan kebenaran agama. Hasil awal kajian mendapati terdapat empat persoalan asas yang boleh digunakan untuk menjadi antara asas saringan untuk membezakan pemikiran yang membawa kepada pengiktirafan kepelbagaian agama atau pengiktirafan kesatuan kebenaran agama iaitu melalui pandangan mereka terhadap punca kewujudan agama, padangan terhadap peranan dan kedudukan agama-agama lain, pandangan terhadap untuk hidup harmoni dan yang paling penting adalah pandangan terhadap keperluan berdakwah kepada selain agama yang dianuti.

Item Type:Article
Keywords:Pluralisme agama; Kepelbagaian agama; Kesatuan kebenaran agama; Malaysia; Islam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15579
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2020 04:25
Last Modified:05 Nov 2020 01:05

Repository Staff Only: item control page