Pengamanahan dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam

Noor Lizza Mohamed Said, and Wan Amirul Adli Wan Ayub, and Mohd Zamro Muda, and Adnan Mohamed Yusoff, and Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, (2019) Pengamanahan dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (2). pp. 71-79. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
180kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1241

Abstract

Kemunculan produk amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam dikatakan sebagai instrumen yang boleh mengatasi masalah dalam isu berkaitan harta pusaka. Mengamanahkan pihak lain untuk mengurus harta sama ada semasa hidup atau selepas kematian merupakan bentuk pengamanahan yang diamalkan oleh masyarakat Islam pada hari ini. Dalam perundangan Islam terdapat pelbagai bentuk pengamanahan sama ada disandarkan kepada keadaan sebelum atau selepas kematian. Kedua-dua situasi tersebut mempunyai konsep pengamanahan yang berbeza yang menghasilkan natijah hukum berbeza. Oleh yang demikian, kajian ini mengkaji konsep amanah yang sesuai yang boleh diaplikasikan sebagai instrumen pengurusan harta amanah orang Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Hasil kajian mendapati terdapat dua konsep amanah dalam Islam yang boleh dijadikan instrumen amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam iaitu wakÉlah dan wiÎōyah. Kedua-dua konsep ini mempunyai rukun dan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi bagi membolehkan akad berkuat kuasa. Penggubalan undang-undang berkaitan produk amanah harta orang Islam perlulah dibuat secara lebih terperinci oleh pihak yang berautoriti sebagai panduan pihak industri dalam menawarkan produk berkaitan amanah harta orang Islam.

Item Type:Article
Keywords:Amanah; Perancangan; Pengurusan; Harta; Produk
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15580
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2020 04:33
Last Modified:05 Nov 2020 01:07

Repository Staff Only: item control page