Penerimaan dan penolakan international convention on the elimination of all forms of racial discrimination (ICERD) dalam kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera di Malaysia

Kartini Aboo Talib @ Khalid, and Suraiya Ishak, (2019) Penerimaan dan penolakan international convention on the elimination of all forms of racial discrimination (ICERD) dalam kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (2). pp. 81-91. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
207kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1241

Abstract

Perdebatan tentang ratifikasi atau perakuan menerima ICERD amat memuncak dengan pembahagian beberapa pandangan yang berbeza termasuk yang menyokong, menentang dan yang memilih dengan bersyarat. Gerakan ratifikasi ICERD ini dipelopori oleh aktivis hak asasi manusia yang kebanyakannya ialah daripada pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan laporan keperluan ratifikasi ICERD hanya dalam Bahasa Inggeris. Himpunan suara daripada kumpulan kecil aktivis badan bukan kerajaan ini menjadi kefahaman mengenai ICERD hanya tertumpu kepada pandangan segelintir kumpulan masyarakat iaitu mereka yang berpendidikan Inggeris, kelas atasan dan pertengahan. Sebilangan besar rakyat masih lagi belum jelas dan tercari-cari sumber yang boleh dipercayai dalam memahami kemelut ICERD ini. Tambahan lagi, dorongan yang bersifat gopoh juga menyebabkan himpunan rakyat membantah perakuan menerima atau ratifikasi ICERD. Kegopohan kerajaan untuk meratifikaasi juga menjadi suatu tanda tanya. Artikel ini menjelaskan sebab musabab ICERD ditolak terutama kandungannya, kefahaman yang kurang dalam kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera, ketiadaan rundingan bersama rakyat, dan rentetan beberapa peristiwa yang agak tegar akhirnya membawa kepada penolakan ICERD. Faktor-faktor ini adalah sebahagian daripada ‘stable tension’ yang jika gagal diurus dengan baik, suasana tegang ini boleh bertukar menjadi ganas – rusuhan kaum.

Item Type:Article
Keywords:Ratifikasi; Etnisiti; Keganasan; Literasi; Pribumi
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15581
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2020 04:39
Last Modified:05 Nov 2020 01:12

Repository Staff Only: item control page