Wacana undang-undang hudud dalam khutbah Jumaat di negeri-negeri terpilih di Malaysia

Mohd Al Adib Samuri, and Norfadilah Amir, (2019) Wacana undang-undang hudud dalam khutbah Jumaat di negeri-negeri terpilih di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (2). pp. 117-129. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
17MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1241

Abstract

Di Malaysia, khutbah Jumaat telahdimanfaatkan oleh pihak berkuasa agama dan kerajaan bagi mempengaruhi pendapat majoriti Muslim. Namun, sejauh mana khutbah menjadi medium untuk meningkatkan penerimaan perundangan syariah seperti hudud dalam konteks Malaysia masih belum disentuh oleh mana-mana pengkaji. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membahaskan tentang sejauh mana khutbah telah menyebar dan mempromosikan undang-undang hudud di di negeri-negeri Malaysia? Kajian ini telah menganalisis teks-teks khutbah terpilih yang disampaikan pada tahun 2013 sehingga 2016 di beberapa negeri-negeri di Malaysia yang sebahagian transkripsinya boleh diakses di laman web rasmi jabatan agama negeri. Teks ini dianalisis menggunakan perisian Nvivo 11 dengan pendekatan tematik. Kajian ini membuktikan bahawa birokrat agama di peringkat negeri memainkan peranan besar dalam membentuk kefahaman dan sokongan masyarakat terhadap prospek perlaksanaan undang-undang hudud. Biarpun secara retorik, hudud digambarkan dalam khutbah sebagai suatu undang-undang yang berteraskan wahyu yang tidak boleh dikritik dan dipercayai boleh menawarkan penyelesaian kepada peningkatan gejala jenayah dalam masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Khutbah; Hudud; Islamisme; Birokrat agama; Undang-undang Islam di Malaysia
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15585
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Nov 2020 05:01
Last Modified:06 Nov 2020 01:23

Repository Staff Only: item control page