Norain Mod Asri, and Ariff Syahreezal Ragno Sogiman, and Zulkefly Abdul Karim, Kointegrasi antara perbelanjaan awam, hasil awam dan output bagi sektor terpilih. Jurnal Ekonomi Malaysia, 54 (1). pp. 43-67. ISSN 0127-1962
|
PDF
855kB |
Official URL: https://www.ukm.my/fep/jem/content/2020.html
Abstract
Dasar fiskal sememangnya penting dalam mencapai keseimbangan dan kestabilan ekonomi. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk menguji kointegrasi antara hasil awam, belanja awam dan output bagi sektor pertahanan, sektor keselamatan serta sektor tenaga dan air. Analisis ini penting memandangkan permintaan masyarakat terhadap barangan awam di sektor tersebut menjadi semakin kompleks apabila pendapatan negara semakin meningkat seperti kes Malaysia. Menerusi aplikasi model Autoregressive Distributed Lag (ARDL) terhadap data siri masa fiskal bagi tempoh 30 tahun bermula 1986 sehingga 2016, tiga dapatan penting telah diperolehi. Pertama, umumnya Malaysia mengamalkan hipotesis belanja-hasil. Kedua, wujudnya teori Wagner bagi ketiga-tiga sektor terbabit. Ketiga, sektor pertahanan serta sektor tenaga dan air mempraktiskan hipotesis hasil-belanja manakala sektor keselamatan mengamalkan hipotesis pengasingan institusi. Kesemua dapatan ini menuntut agar pengukuhan fiskal dilakukan dalam ketiga-tiga sektor terbabit bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hasil awam; Belanja awam; Output negara; Model Autoregressive Distributed Lag (ARDL); Sektor awam |
Journal: | Jurnal Ekonomi Malaysia |
ID Code: | 15589 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Nov 2020 01:24 |
Last Modified: | 06 Nov 2020 12:53 |
Repository Staff Only: item control page