Perubahan makroekonomi, persaingan harga barang pengganti dan eksport sawit Malaysia

'Abdullah Khairi Mohd Asri, and Aisyah Abdul-Rahman, and Hawati Janor, (2020) Perubahan makroekonomi, persaingan harga barang pengganti dan eksport sawit Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 54 (1). pp. 193-211. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
991kB

Official URL: https://www.ukm.my/fep/jem/content/2020.html

Abstract

Malaysia adalah antara negara yang mendominasi pengeluaran minyak kelapa sawit dunia. Kajian ini menganalisis kesan perubahan faktor makroekonomi terpilih dan persaingan harga terhadap eksport produk utama sawit Malaysia, iaitu minyak sawit mentah (CPO) dan minyak isirung sawit (PKO). Perubahan faktor makroekonomi mengambil kira pemboleh ubah harga tempatan sawit, harga dunia sawit, pengeluaran sawit dan kadar pertukaran efektif benar. Persaingan harga pula menggunakan pemboleh ubah harga produk barang pengganti bagi minyak kelapa sawit iaitu minyak kacang soya, minyak kanola, minyak bunga matahari dan minyak kelapa. Kajian merangkumi tempoh dari tahun 1985 hingga tahun 2016. Kajian ini menggunakan pendekatan model kaedah Auto Regresif Lat Tertabur (ARDL) iaitu kaedah penganggaran untuk melihat hubungan jangka panjang dan pendek. Hasil kajian empirikal mendapati, harga tempatan sawit, kadar tukaran dan harga barang pengganti, sangat mempengaruhi eksport sawit di Malaysia. Oleh itu, dalam usaha untuk meningkatkan eksport sawit Malaysia, kestabilan harga tempatan sawit, kadar pertukaran asing dan harga barang pengganti sawit perlulah diberikan perhatian untuk memastikan daya saing eksport sawit Malaysia terus meningkat. Di samping itu, memandangkan kajian ini mendapati bahawa krisis kewangan Asia 1997/98 dan krisis kewangan Eropah 2007/2008 memberi kesan negatif kepada eksport minyak sawit, maka Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap petanda krisis di rantau Asia dan global.

Item Type:Article
Keywords:Minyak sawit mentah; Minyak isirung sawit; Persaingan harga; Model Auto Regresif Lat Tertabur(ARDL)
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:15599
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2020 02:26
Last Modified:09 Nov 2020 03:12

Repository Staff Only: item control page