Kesan asimetrik kadar pertukaran terhadap imbangan dagangan: Malaysia dan China

Muhamad Rias K V Zainuddin, and Mohd Azlan Shah Zaidi, (2020) Kesan asimetrik kadar pertukaran terhadap imbangan dagangan: Malaysia dan China. Jurnal Ekonomi Malaysia, 54 (1). pp. 213-227. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
817kB

Official URL: https://www.ukm.my/fep/jem/content/2020.html

Abstract

Kemeruapan kadar pertukaran yang tinggi mewujudkan ketakpastian dan mempengaruhi ekonomi sesebuah negara. Ini dapat dilihat apabila kenaikan atau penyusutan nilai mata wang menjejaskan aliran perdagangan antara negara. Kertas ini mengkaji kewujudan fenomena keluk-J melalui kesan perubahan kadar pertukaran ke atas imbangan dagangan dua hala antara Malaysia dengan China bagi 17 industri perdagangan utama. Selain itu, kajian juga menilai kesan perubahan kadar pertukaran ke atas imbangan dagangan sama ada berlaku secara simetrik atau bukan simetrik (asimetrik). Kajian menggunakan data bulanan bermula Januari 2013 sehingga April 2018. Hasil kajian membuktikan kewujudan keluk-J bagi 5 daripada 17 industri perdagangan utama. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan model ARDL tidak linear dapat membuktikan kesan asimetrik perubahan kadar pertukaran ke atas imbangan dagangan. Keputusan kajian memberi panduan kepada pembuat dasar mengenai kesan perubahan positif dan negatif kadar pertukaran terhadap eksport dan import industri utama negara ke China. Sekali gus, perkara ini dapat digunakan bagi mengesan dan mengatasi masalah inflasi diimport.

Item Type:Article
Keywords:Imbangan dagangan; Kadar pertukaran; Keluk-J; Industri; Asimetrik
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:15600
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2020 02:31
Last Modified:09 Nov 2020 03:14

Repository Staff Only: item control page