Penggunaan serangga sebagai keterangan dalam perundangan jenayah Islam

Muhammad Hazim Ahmad, and Ahmad Syukran Baharuddin, and Naji Arafat Mahat, and Hasnizam Hashim, and Hendun Abd Rahman Shah, and Wan Abdul Fattah Wan Ismail, and Lukman Abdul Mutalib, (2020) Penggunaan serangga sebagai keterangan dalam perundangan jenayah Islam. Serangga, 25 (1). pp. 68-83. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
771kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1259/s...

Abstract

Qisas merupakan salah satu daripada jenis kes dalam perundangan jenayah Islam. Secara umumnya, kesalahan qisas terbahagi kepada dua jenis iaitu melakukan pembunuhan dan menyebabkan kecederaan, dan kajian ini memberikan tumpuan kepada kesalahan membunuh. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti aspek pemakaian dan penggunaan serangga sebagai keterangan dalam kes qisas. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk buku-buku yang ditulis oleh para ilmuan dan ahli akademik serta kepustakaan literatur-literatur yang direkodkan dalam jurnal-jurnal yang berkualiti dan berindeks. Data primer dan sekunder yang dikumpul menggunakan kaedah ini kemudiannya dianalisis melalui kaedah analisis kandungan dengan mengaplikasikan penalaran induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati serangga yang wujud pada sekitar tubuh badan mayat dan tempat kejadian jenayah berpotensi memberikan maklumat penting dan tertentu kepada pegawai penyiasat dan pendakwaan bagi kes pembunuhan. Maklumat yang diperolehi daripada serangga termasuklah penentuan sela masa kematian minimum (mPMI), punca kematian, serta maklumat berkenaan pembunuh, mangsa dan tempat kejadian jenayah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa maklumat-maklumat ini boleh dijadikan sebagai keterangan jenis qarinah bagi mensabitkan kes qisas jenis pembunuhan. Keterangan qarinah ini terdiri daripada keterangan pakar entomologi forensik, hasil analisis sampel serangga, dan keterangan dokumen laporan hasil analisis. Kesimpulannya, serangga boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes qisas jenis pembunuhan. Kajian ini berjaya mewujudkan unsur (elemen) integrasi antara sains dan syariah serta membuktikan bahawa syariah itu bersifat komprehensif dan terpakai dalam pelbagai aspek ilmu pengetahuan.

Item Type:Article
Keywords:Fiqh forensik; Entomologi forensik; Serangga; Qarinah; Qisas
Journal:Serangga
ID Code:15606
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Nov 2020 05:22
Last Modified:09 Nov 2020 03:24

Repository Staff Only: item control page