Kandungan kemarmaran stik Ribeye dan kesannya terhadap ciri-ciri kualiti tekstur dan mikrostruktur daging

Nurul Nuraliya Shahrai, and Abdul Salam Babji, and Mohamad Yusof Maskat, and Salma Mohamad Yusop, (2020) Kandungan kemarmaran stik Ribeye dan kesannya terhadap ciri-ciri kualiti tekstur dan mikrostruktur daging. Sains Malaysiana, 49 (7). pp. 1543-1552. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
723kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil7_2...

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kandungan lemak intraotot (kemarmaran) dan kesannya terhadap ciri-ciri kualiti tekstur dan mikrostruktur daging stik ribeye daripada empat baka lembu berbeza iaitu Wagyu, Angus, Brahman dan Kedah-Kelantan (KK). Darjah kemarmaran diukur dengan menggunakan analisis imej berkomputer dan didapati mempengaruhi kelembutan daging. Keputusan menunjukkan sampel Wagyu yang mempunyai lemak intraotot yang tinggi (33.90%), turut mempunyai kapasiti pengekalan lemak (86.32%) yang tinggi secara signifikan (p<0.05) dan daging yang paling lembut (p<0.05) berbanding sampel Angus, Brahman dan KK. Berdasarkan ciri-ciri mikrostruktur daging, ruangan antara gentian otot dan diameter gentian otot didapati lebih besar bagi Wagyu berbanding sampel lain masing-masing pada ukuran 23.40 dan 47.01 µm. Perbezaan kandungan lemak intraotot sampel Wagyu dan KK turut diperlihatkan dalam imej mikrograf sampel daging.

Item Type:Article
Keywords:Analisis profil tekstur; Gentian otot; Kandungan kemarmaran; Lemak intraotot
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:15618
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Nov 2020 02:53
Last Modified:10 Nov 2020 09:00

Repository Staff Only: item control page