Pembinaan pelabuhan laut dalam di Singapura di bawah pentadbiran Singapore Harbour Board, 1913-1929

Hanizah Idris, (2020) Pembinaan pelabuhan laut dalam di Singapura di bawah pentadbiran Singapore Harbour Board, 1913-1929. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (1). pp. 24-49. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
552kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jebat/issue/view/1260

Abstract

Fokus utama artikel ini bertujuan untuk mengkaji pembinaan sebuah pelabuhan laut dalam di Singapura semasa di bawah pentadbiran British antara tahun 1913 hingga 1929. Sepanjang tempoh tersebut pihak British telah membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam yang dikendalikan oleh Singapore Harbour Board setelah mengambil alih pentadbiran terdahulu dari Tanjong Pagar Dock Board. Ini disebabkan persaingan sengit yang dihadapi dari pelabuhanpelabuhan lain di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur seperti pelabuhan Sabang, Surabaya dan Tanjung Priok di Indonesia dan pelabuhan Hong Kong dalam menyediakan kemudahan infrastruktur pelabuhan yang terbaik di rantau ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji peranan pihak British dalam membangunkan pelabuhan laut dalam di Singapura. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaburan yang tinggi diperlukan oleh British untuk membina sebuah pelabuhan laut dalam termasuk kerja-kerja reklamasi tanah dan kerja-kerja pengorekkan di pelabuhan Keppel. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah penyelidikan sejarah terutama dalam pengunaan sumber-sumber utama seperti surat-menyurat dari Colonial Office (C.O) dan Laporan Tahunan dari Negeri-Negeri Selat berkaitan perdagangan, perkapalan dan pembangunan pelabuhan. Akhirnya kajian ini mendapati bahawa sebelum tahun 1930 pihak British telah berjaya membina sebuah pelabuhan laut dalam di Singapura yang bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah pelabuhan entrepot utama di Asia Tenggara, tetapi juga turut menyediakan perkhidmatan membina dan membaiki kapal yang terbaik terutama bagi kapal-kapal British di rantau ini.

Item Type:Article
Keywords:Pelabuhan laut dalam; Perdagangan; Perkapalan; Infrastruktur; Perkhidmatan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:15638
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Nov 2020 07:57
Last Modified:12 Nov 2020 01:49

Repository Staff Only: item control page