Pilihan raya dan politik Malaysia pasca PRU 2018: persaingan, dinamik dan implikasi

Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2020) Pilihan raya dan politik Malaysia pasca PRU 2018: persaingan, dinamik dan implikasi. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (1). pp. 150-175. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
518kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jebat/issue/view/1260

Abstract

Situasi politik dan pilihan raya di Malaysia, selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), sangat menarik untuk diperhatikan. Terdapat empat Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada separuh penggal kedua 2018, selepas PRU 14. BN dan pembangkang tewas di kesemua PRK itu dengan agak mudah kepada kerajaan baharu, Pakatan Harapan (PH). Namun dalam tahun 2019, fenomena yang berbeza berlaku. BN telah memenangi semua PRK yang ditandinginya (kecuali PRK Sandakan) meskipun mendapat tentangan yang hebat dari PH. Artikel ini, untuk itu, diasaskan untuk menelusuri dan menganalisis perkembangan politik Malaysia pasca PRU 2018 berfokuskan kepada dinamik persaingan parti di dalam sembilan PRK yang diadakan dari pertengahan 2018 ke penghujung 2019. Berdasarkan laporan media dan kajian kepustakaan, artikel ini membahaskan bagaimana sistem pilihan raya Malaysia yang bersifat multiparti sejak 2015 (persaingan antara BN, PH dan PAS) berubah dan kembali kompetitif bermula awal 2019, selepas mengalami kesuraman dalam separuh penggal kedua 2018. Artikel ini turut memberi refleksi terhadap implikasi dan dinamik politik Malaysia kontemporari dan ke arah PRU ke15, dengan pecahan ideologi dan budaya yang semakin ketara di kalangan masyarakatnya sejak PRU 14.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya Kecil; Malaysia baharu; Pakatan Harapan; Barisan Nasional; Muafakat nasional; Pilihan Raya Umum 2018
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:15643
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Nov 2020 08:57
Last Modified:12 Nov 2020 01:59

Repository Staff Only: item control page