Nik Mohd Hazrul Nik Hashim, and Mohd Nor Zamri Mat Amin, and Nor Liza Abdullah, and Samruhaizad Samian @ Samion, (2020) Orientasi pasaran eksport dan prestasi eksport: satu kajian empirikal ke atas firma perabot di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 58 . pp. 1-14. ISSN 0127-2713
|
PDF
270kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1283
Abstract
Konsep orientasi pasaran eksport adalah bidang strategik yang menarik dalam kajian pemasaran antarabangsa. Walaupun banyak kajian literatur telah dibongkar, namun kajian berikutan hubungan antara orientasi pasaran eksport dan prestasi eksport, terutamanya dalam konteks ekonomi negara membangun masih kurang dijalankan. Tujuan kajian ini adalah merapatkan jurang pemahaman mengenai kejayaan pemasaran antarabangsa dengan menjalankan satu kajian empirikal terhadap industri perabot di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini cuba merungkap hubungan antara tiga dimensi utama orientasi pasaran eksport, iaitu penjanaan risikan pasaran eksport, penyebaran risikan pasaran eksport dan responsif kepada pasaran eksport, dengan prestasi eksport. Kaedah penyelidikan kuantitatif melalui 213 borang soal selidik telah diperoleh daripada pengarah dan pengurus atasan syarikat tempatan di Malaysia yang mengeksport perabot ke luar negara. Analisis regresi berganda dilaksanakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa prestasi eksport dipengaruhi secara positif oleh penjanaan risikan pasaran eksport, penyebaran risikan pasaran eksport dan responsif kepada pasaran eksport. Penemuan kajian ini dapat membantu pengurus dan pembuat dasar dalam industri pengeksportan perabot, terutamanya dalam usaha membangunkan strategi yang berkesan dan sesuai bagi meningkatkan prestasi firma di Malaysia dalam pengeksportan perabot di arena antarabangsa pada tahap yang maksimum.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Orientasi pasaran eksport; Prestasi eksport; Firma perabot; Pasaran global |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 15658 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Nov 2020 04:47 |
Last Modified: | 13 Nov 2020 03:45 |
Repository Staff Only: item control page