Penterjemahan dinamis dalam terjemahan berita jenayah bahasa Inggeris ke berita jenayah bahasa Tamil

Logeswaari Elumalai, and Veeramohan Veeraputhran, (2019) Penterjemahan dinamis dalam terjemahan berita jenayah bahasa Inggeris ke berita jenayah bahasa Tamil. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (1). pp. 1-15. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
560kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1177

Abstract

Kepentingan terjemahan berita semakin meningkat dalam beberapa dekad yang lalu. Oleh hal demikian pengkaji memilih untuk mengkaji tentang terjemahan berita Bahasa Inggeris(Bahasa Sumber) ke dalam berita Bahasa Tamil(Bahasa Sasaran). Pengkaji menghadkan kepada berita jenayah kerana berita ini sangat popular di negara kita baru-baru ini. Oleh itu, semua orang perlu tahu tentang berita tersebut. Apabila penterjemah tidak mahir dalam bahasa sumber dan tidak dapat memahami teks asal hasilnya akan mengelirukan para pembaca. Tidak ada dua perkataan yang betul- betul membawa maksud yang sama dalam dua bahasa yang berlainan. Maka, penterjemah perlu menggantikannya dengan perkataan yang hampir sama maksud dengannya. Erti kata lain penterjemah perlu mencari kata sepadannya. Rentetan itu, kajian ini akan mengenalpasti cara penterjemahan dinamis dalam terjemahan berita jenayah Bahasa Inggeris ke berita Bahasa Tamil serta membincangkan kefahaman berita terjemahan pembaca sasaran. Kajian ini akan menggunakan teori terjemahan dinamis bagi mengenalpasti cara terjemahan dinamis. Di samping itu, soal selidik yang akan melibatkan 100 orang pembaca sasaran akan digunakan untuk membincang kefahaman berita terjemahan. Adalah diharapkan kajian yang akan datang menumpukan kepada analisis terjemahan tajuk berita, kandungan berita dengan menggunakan teori terjemahan yang berlainan supaya menghasilkan dapatan yang berbeza.

Item Type:Article
Keywords:Berita jenayah; Terjemahan; Terjemahan dinamis; Bahasa sumber; Bahasa sasaran
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:15668
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Nov 2020 01:18
Last Modified:16 Nov 2020 06:22

Repository Staff Only: item control page