Perbandingan dasar warisan Malaysia dan Jepun dalam usaha memulihara khazanah negara: kajian kes di warisan dunia Melaka dan lombong perak Iwami Ginzan

Sugiura, Naoko and Mohd Samsudin, (2019) Perbandingan dasar warisan Malaysia dan Jepun dalam usaha memulihara khazanah negara: kajian kes di warisan dunia Melaka dan lombong perak Iwami Ginzan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 16 (1). pp. 1-14. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
679kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1177

Abstract

Warisan ialah satu bentuk peninggalan yang mempunyai identiti yang tersendiri mengikut budaya negara tertentu. Setiap negara mempunyai daya usaha dalam memelihara dan memulihara warisan yang terdapat di negara tersebut. Dalam konteks Malaysia, kesedaran dalam memelihara dan memulihara warisan adalah tidak selama usia warisannya, gerakan untuk usaha tersebut adalah bermula sejak tahun 1957 sekitar 62 tahun yang lalu. Manakala Jepun pula, usaha ke arah menjaga warisan telah bermula pada tahun 1871. Jepun telah mempunyai kesedaran tersebut lebih awal berbanding Malaysia. Oleh yang demikian, apakah wujud perbezaan kepentingan dalam memelihara warisan bagi setiap negara mengikut kepentingannya. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti perbandingan usaha antara kerajaan Jepun dan Malaysia dalam memelihara dan memulihara warisan yang terdapat di kedua-dua negara tersebut selain mengenal pasti usaha-usaha pembentukan Dasar Warisan Negara di Malaysia dan Jepun secara terperinci. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam proses pengumpulan data berdasarkan topik kajian. Pengumpulan data oleh penyelidik dilakukan dalam pelbagai keadaan, sumber dan kaedah. Data dikumpulkan menerusi kajian kepustakaan dengan meneliti beberapa sumber dokumen dan bahan yang terdapat di beberapa organisasi dan institusi yang mengumpul, menyimpan dan merekodkan sumber maklumat yang berkaitan. Makalah ini akan melihat aspek perundangan yang telah diperuntukkan dan mengenal pasti sejauh manakah ianya dipraktikkan menerusi kajian tinjauan dan kepustakaan rekod-rekod arkib. Selain itu juga, makalah akan menyusuri perkembangan yang berlaku dalam proses pemuliharaan warisan berdasarkan laporan-laporan dan tinjauan sarjana terdahulu. Penelitian mendapati bahawa Kerajaan Malaysia giat dengan aktif dalam usaha untuk meningkatkan sektor pelancongan melalui warisan kebudayaan. Selain itu, Kerajaan Jepun dengan kerjasama pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat Jepun juga meningkatkan usahanya mereka dari masa ke semasa mengikut arus kemajuan untuk pemuliharaan warisan Jepun.

Item Type:Article
Keywords:Dasar Warisan; Warisan Malaysia; Warisan Jepun; Pemuliharaan dan pemeliharaan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:15669
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Nov 2020 01:23
Last Modified:16 Nov 2020 06:24

Repository Staff Only: item control page