Mohd Annas Shafiq Ayob, and Mohd Norazri Mohamad Zaini, and Faridah Mohd Sairi, and Noor Syahida Md Soh, (2020) Pemikiran kebahagiaan menurut Aristotle dan Ibnu Miskawayh: satu analisis awalan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 21 . pp. 55-67. ISSN 1511-8393
|
PDF
224kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1351
Abstract
Kebahagiaan merupakan salah satu topik utama yang mendominasi wacana falsafah etika. Konsep kebahagiaan mula dibincangkan sejak munculnya perbincangan falsafah iaitu pada zaman Yunani klasik seperti yang dibincangkan oleh Aristotle dalam buku Nicomachean Ethic, sehingga dibincangkan dalam tamadun Islam oleh beberapa ahli falsafah Islam seperti Ibn Miskawayh dalam Tahdhib al Akhlaq. Kedua tokoh tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan konsep kebahagiaan. Justeru, kajian ini menganalisis makna dan cara mencapai kebahagiaan yang telah dibincangkan menurut perspektif dua orang tokoh pemikir tersebut berdasarkan hasil penulisan mereka. Penelitian ini mengetengahkan metode perbandingan makna dan cara mencapai kebahagiaan. Hasil kajian mendapati wujud persamaan dan perbezaan dalam konsep kebahagiaan di antara Aristotle dan Ibn Miskawayh dalam beberapa aspek tertentu. Eudaimonia, merupakan konsep yang dibincangkan melalui perbincangan menerusi pencarian Aristotle melalui persoalan yang menjadi tumpuan manusia iaitu apakah yang menjadi tujuan akhir dan kebaikan yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Selain itu, kebahagiaan dapat dicapai melalui aspek pemilihan dan pengawalan tingkah laku serta perbuatan dalam kesederhanaan serta hubungan nalaran yang telah dibincangkan oleh Aristotle dan Ibnu Miskawayh melalui kaitan dan perbezaannya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aristotle; Ibnu Miskawayh; Kebahagiaan; Nalaran; Falsafah akhlak |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 15682 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Nov 2020 06:18 |
Last Modified: | 16 Nov 2020 07:04 |
Repository Staff Only: item control page