Hukil Sino, and Nur Alyssa Azahari, and Norwahida Zamani, and Ab Aziz Ishak, and Muhamad Hilmi Baba, and Atiah Ayunni Abdul Ghani, and Muhammad Hasamizi Mustapa, (2020) Kesediaan dan potensi masyarakat di Malaysia ke arah negara rendah karbon. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 21 . pp. 117-125. ISSN 1511-8393
|
PDF
149kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1351
Abstract
Malaysia telah berikrar untuk memberi komitmen dalam menangani perubahan iklim di peringkat global dengan menjadi negara rendah karbon pada tahun 2050. Masyarakat selaku pengguna utama karbon yang menyumbang kepada pelepasan karbon ke persekitaran melalui aktiviti seharian dilihat memainkan peranan yang amat penting untuk merealisasikan misi rendah karbon tersebut. Artikel ini ditulis untuk merungkai kesediaan dan potensi masyarakat di Malaysia merealisasikan matlamat negara rendah karbon. Pendekatan ulasan mendalam berasaskan pembacaan buku-buku ilmiah, jurnal tersohor dan rujukan atas talian dijadikan asas dalam merungkai dan menjawab persoalan tajuk yang dibincangkan. Dapatan menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia mampu dan berpotensi untuk merealisasikan aspirasi pengurangan emisi karbon sebanyak 30% menjelang tahun 2050 berdasarkan kepada kebersediaan masyarakat terhadap langkah-langkah mengurangkan emisi karbon yang didokong oleh Dasar-dasar kerajaan. Kesimpulannya masyarakat di Malaysia dipercayai memiliki kesediaan dan potensi untuk merealisasikan matlamat negara rendah karbon menjelang tahun 2050.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gas rumah hijau; Masyarakat rendah karbon; Perubahan iklim |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 15686 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Nov 2020 06:40 |
Last Modified: | 16 Nov 2020 10:35 |
Repository Staff Only: item control page