Penguasaan kosa kata bahasa arab menerusi pengetahuan makna dan penggunaannya

Hasnurol Hashim, and Kaseh Abu Bakar, and Maheram Ahmad, (2020) Penguasaan kosa kata bahasa arab menerusi pengetahuan makna dan penggunaannya. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 21 . pp. 160-174. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
253kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1351

Abstract

Artikel ini mengemukakan analisis penguasaan morfologi Arab menerusi bidangnya, iaitu leksikologi. Leksikologi ialah keupayaan dan penguasaan kosa kata aspek pengetahuan makna dan penggunaannya. Dua aspek penguasaan tersebut merupakan faktor utama bagi seseorang pelajar yang mahu menguasai bahasa, dan dalam konteks kajian ini ialah pembelajaran bahasa Arab yang merupakan bahasa kedua atau bahasa asing di Malaysia. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar bahasa Arab adalah berpunca daripada kegagalan mengetahui makna kosa kata yang merupakan perkara asas dalam mempelajari apa jua bahasa. Kajian ini bertujuan (1) mengenal pasti tema kajian lepas berkaitan pembelajaran morfolologi menerusi dimensi bidang leksikologi, (2) memperlihatkan kelompangan yang terdapat dalam kajian-kajian lepas berkaitan pengetahuan makna kosa kata dan penggunaannya, dan (3) mengamati isu yang boleh dijadikan kajian baru pada masa akan datang. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapat data. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga menggunakan reka bentuk tematik yang merupakan satu metode yang mudah diamati dan difahami. Hasil kajian mengemukakan lebih 100 kajian berkaitan pengetahuan makna dan penggunaan kosa kata menerusi pembelajaran dan pengajaran morfologi. Implikasi kajian ini dapat memberi penemuan baru menerusi dimensi leksikologi khususnya dalam pembelajaran morfologi Arab.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran; Morfologi; Pembentukan kata; Leksikologi; Bahasa Arab
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:15690
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Nov 2020 06:56
Last Modified:16 Nov 2020 10:40

Repository Staff Only: item control page