Kiyai Salleh bin Abd. Karim: amalan kebatinan Kumpulan Selempang Merah

Muhamad Shafiq Mohd Ali, and Abdul Latif Samian, (2020) Kiyai Salleh bin Abd. Karim: amalan kebatinan Kumpulan Selempang Merah. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 21 . pp. 175-181. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
155kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1351

Abstract

Kumpulan Selempang Merah agak terkenal dengan perjuangan menentang komunis di negeri Johor terutama di bahagian Batu Pahat. Kumpulan ini terkenal dengan menggunakan selempang merah apabila sedang bertempur dengan pihak komunis. Kumpulan ini telah diketuai oleh Kiyai Salleh yang merupakan seorang pejuang untuk mempertahankan kedaulatan agama dan juga bangsanya. Kumpulan Selendang Merah ini telah berjuang menentang kezaliman dan kekejaman komunis dengan hanya menggunakan parang panjang. Di samping menggunakan senjata fizikal, kumpulan ini juga menggunakan ayat-ayat atau zikir-zikir tertentu bagi mensiapkan diri dalam sudut rohani bagi menentang komunis. Terdapat beberapa pendapat menyatakan bahawa ilmu yang diturunkan oleh Kiyai Salleh ini merupakan ilmu pendamping dengan jin kerana peluru yang ditembak oleh komunis kepada mereka tidak lut pada badan dan menyatakan ini merupakan ilmu kebal yang diamalkan oleh ahli kumpulan Selempang Merah. Oleh yang demikian, makalah ini akan membincangkan zikir-zikir dan amalan yang diamalkan oleh kumpulan ini yang diturunkan oleh Kiyai Salleh kepada pengikutnya berdasarkan catatan-catatan yang dibuat oleh beberapa individu yang pernah menemubual ahli kumpulan Selempang Merah dan juga ahli keluarga Kiyai Salleh. Berdasarkan kepada pengumpulan maklumat ini, dapat diperhatikan amalan yang diturunkan oleh Kiyai Salleh merupakan amalan zikir harian dan tidak menyimpang daripada amalan Islam. Amalan ini menjadi pendinding kepada pengamalnya apabila mereka yakin dengan bantuan dan kekuasaan daripada Allah Yang Maha Kuasa.

Item Type:Article
Keywords:Kiyai Salleh; Selempang Merah; Komunis; Darurat; Johor
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:15691
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Nov 2020 07:00
Last Modified:16 Nov 2020 10:41

Repository Staff Only: item control page