Pembentukan istilah sains kesihatan oleh pengguna dalam teks umum bahasa Melayu

Hasnah Mohamad, and Noorul Khairien Abdul Malek, and Noor Husna Abd. Razak, (2020) Pembentukan istilah sains kesihatan oleh pengguna dalam teks umum bahasa Melayu. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 20 (3). pp. 96-112. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
545kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gema/issue/view/1304

Abstract

Kemunculan istilah dalam pelbagai bidang menyumbang kepada pengayaan kosa kata bahasa Melayu dan amat penting dalam menyokong perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Namun, kajian istilah dalam teks umum bahasa Melayu masih agak kurang. Kebanyakan kajian lebih memberikan tumpuan kepada aspek pembentukan istilah serta aspek keberterimaan istilah. Selain itu, fenomena lambakan istilah asing dalam kosa kata bahasa Melayu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi juga menunjukkan bahawa masyarakat kini sering mencipta istilah secara mudah melalui penyerapan istilah asing untuk keperluan semasa. Justeru, kajian ini menghuraikan pembentukan istilah dalam teks bidang perubatan (sains kesihatan) bahasa Melayu. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti istilah sains kesihatan dalam teks umum, iaitu akhbar. Kaedah yang digunakan dalam mengenal pasti istilah adalah dengan membuat perbandingan antara istilah dalam teks umum dan bank data istilah sedia ada, iaitu istilah dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pendekatan takrif analisis digunakan untuk menjelaskan istilah dalam teks melalui perkataanperkataan yang dijadikan petunjuk oleh penulis teks umum. Objektif kedua adalah untuk menghuraikan korpus istilah dari segi kekerapan kemunculan istilah dalam korpus umum bahasa Melayu. Seterusnya, perkaitan istilah dengan istilah sedia ada pula dihuraikan berdasarkan bentuk istilah yang dihasilkan serta huraian dalam teks yang dikaji. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks yang melibatkan korpus teks bidang perubatan (sains kesihatan) daripada akhbar dalam talian, iaitu Berita Harian, Harian Metro, Utusan, Kosmo, dan Info Sihat dari Januari 2015 hingga Februari 2018, melibatkan 41000 patah perkataan. Sistem penganalisis teks TextStat digunakan untuk memaparkan data kajian dalam bentuk kekerapan kata dan konkordans untuk pengenalpastian istilah. Kajian ini telah mendokumentasi istilah perubatan sains kesihatan bahasa Melayu yang pelbagai oleh pengguna bidang berkaitan dan kaedah pembentukannya. Kajian ini berguna untuk membuktikan bahawa istilah yang dicipta oleh pengguna secara cepat melalui teks umum dapat mengisi keperluan istilah standard dalam bidang sains kesihatan.

Item Type:Article
Keywords:Kosa kata; Istilah; Korpus umum; Takrif intensi; Sains kesihatan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:15723
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Nov 2020 06:54
Last Modified:18 Nov 2020 06:46

Repository Staff Only: item control page