Imbuhan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam: analisis teori relevans

Nurul Huda Mohd Saad, and Nor Hashimah Jalaluddin, (2020) Imbuhan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam: analisis teori relevans. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 20 (3). pp. 136-155. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
665kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gema/issue/view/1304

Abstract

Imbuhan awalan meN- ialah imbuhan yang paling produktif dalam nahu Melayu. Penahu Melayu Za’ba, Arbak, Asmah dan Nik Safiah et al. telah membincangkan imbuhan ini dengan mendalam. Mereka lebih menumpukan pada padanan bentuk atau alomorf meN- dan fungsinya dalam sesuatu ayat. Sebaliknya, kajian ini menekankan sifat kerencaman makna imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam busut, langit, gunung, laut, batu, dan bukit. Pertindihan makna yang ketara boleh dilihat dalam imbuhan ini untuk kes ‘menjadi seperti’, ‘seperti/berkeadaan’ dan ‘berlaku seperti/menyerupai sesuatu’. Hal ini disebabkan oleh penggunaan istilah yang pelbagai untuk konsep dan aspek yang sama. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan merungkai masalah pertindihan makna imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam yang rencam sifatnya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Data kajian ini diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini mengenal pasti setiap imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam yang rencam maknanya. Data kajian dianalisis satu persatu menggunakan teori Relevans, bersandarkan konsep rangka rujuk silang (bridging cross reference) dan ad hoc. Jelas, dapatan kajian telah menghasilkan pengkategorian makna imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam yang baharu daripada rencam menjadi satu. Imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam telah menghasilkan makna metafora bagi ‘perbandingan eksplisit seperti’. Pada masa yang sama, kajian ini memberikan suatu alternatif bagaimana imbuhan awalan meN- dijelaskan secara kognitif dengan elegan.

Item Type:Article
Keywords:Imbuhan awalan meN-; Kata nama konkrit; Teori relevans; Rangka rujuk silang; Ad hoc
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:15726
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Nov 2020 07:05
Last Modified:19 Nov 2020 01:20

Repository Staff Only: item control page