Pemanjangan konsonan dalam dialek Melayu Patani

Shahidi A.H., and Mumad CheLaeh, (2020) Pemanjangan konsonan dalam dialek Melayu Patani. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 20 (3). pp. 181-198. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gema/issue/view/1304

Abstract

Penulisan ini bertujuan memerihalkan aspek pemanjangan konsonan (satu konsonan yang diartikulasikan secara berganda) dalam dialek Melayu Patani secara akustik. Secara umum, kajian-kajian terdahulu yang berkaitan bidang fonetik dan fonologi masih belum mencukupi untuk memberikan satu huraian yang tuntas berkaitan pemanjangan konsonan dalam dialek Melayu Patani. Ciri akustik yang dimanfaatkan sepenuhnya dalam pemerian pemanjangan konsonan plosif awal kata dalam dialek Melayu Patani ini ialah Masa Mula Suara (VOT) dan Intensiti. Lima orang penutur dialek Melayu Patani (lelaki berumur dalam lingkungan 35 – 50 tahun dari daerah Muang wilayah Pattani) dimanfaatkan bagi memperoleh sejumlah 300 token yang seterusnya dimanfaatkan dalam analisis spektrograf. Hasil analisis kajian ini menunjukkan bahawa walaupun wujud konsonan panjang, ia spesifik pada bunyi yang tertentu sahaja. Hanya bunyi plosif bersuara sahaja yang kelihatan bertepatan dengan konsep konsonan panjang. Penelitian lanjut secara lebih mendalam menggunakan angkubah intensiti akhirnya menyerlahkan perbezaan ciri antara konsonan berkenaan dan pasangannya bagi bunyi plosif tak bersuara. Kajian ini turut menunjukkan bahawa fenomena pemanjangan konsonan dalam dialek Melayu Patani ini melibatkan unsur suprasegmental. Unsur pemanjangan dan penekanan adalah bersifat fonemik, sekaligus bersifat suprafiks. Bunyi plosif awal kata dialek Melayu Patani boleh sama ada bersifat suprafiks atau non-suprafiks. Kajian ini memberi implikasi penting kepada penelitian bahasa yang serumpun dan bahasa Melayu standard yang diguna pakai sebagai bahasa kedua oleh sesetengah kelompok masyarakat di Thailand, sekaligus, dapat membantu pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi penguasaan bahasa kedua oleh penutur bukan natif.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Melayu Patani; Fonetik akustik; Konsonan panjang; Konsonan plosif; Suprafiks
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:15728
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Nov 2020 07:18
Last Modified:19 Nov 2020 01:23

Repository Staff Only: item control page