Junaini Kasdan, and Rusmadi Baharudin, and Anis Shahira Shamsuri, (2020) Covid-19 dalam korpus peristilahan bahasa Melayu: analisis sosioterminologi. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 20 (3). pp. 221-241. ISSN 1675-8021
|
PDF
855kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gema/issue/view/1304
Abstract
Pada penghujung tahun 2019, penduduk Wuhan, China digemparkan dengan penularan wabak baharu yang menyerang sistem pernafasan manusia. Namun, jangkitan tersebut berbeza daripada jangkitan influenza, avian flu, MERS-CoV atau SARS. Wabak baharu ini dikenali sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV), yang kemudiannya dinamai sebagai COVID-19. Akibat penularan penyakit tersebut, pada 12 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik. Dari perspektif Linguistik, pandemik ini turut mencambahkan korpus perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan sangat pesat. Sebagai contoh, wujudnya istilah penjarakan sosial, droplet, PPE, PKP, dan meratakan puncak lengkungan. Bahkan terdapat istilah yang pelbagai untuk merujuk satu konsep yang sama, misalnya nyahkuman dan nyahvirus, serta kadar peningkatan kes dan lonjakan kes. Hal ini tentunya dapat menimbulkan kekeliruan pada pengguna. Dari aspek terminologi pula, fenomena keanekaragaman penciptaan istilah ini perlu diberikan perhatian bagi memastikan istilah yang digunakan dapat difahami dan diamalkan oleh pengguna kerana istilah tersebut berkaitan dengan kesejahteraan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan menganalisis dan menghuraikan fenomena penciptaan istilah tentang COVID-19, yang beredar dalam kalangan masyarakat dari perspektif sosioterminologi. Kajian ini memanfaatkan istilah yang digunakan dalam teks kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tempoh 16 Januari 2020 hingga 10 Mei 2020 sebagai data kajian. Bagi tujuan penganalisisan, data istilah dibandingkan dengan korpus istilah DBP dan hasil dapatan dihuraikan menggunakan pendekatan sosioterminologi. Hasil kajian mencatatkan 67.0% (96) istilah yang digunakan oleh KKM sudahpun dibakukan oleh DBP. Walau bagaimanapun, sebahagian istilah sememangnya istilah baharu, tetapi pembentukannya didapati menepati pedoman pembentukan istilah, walaupun mungkin tidak menepati selera penggubal istilah. Justeru, istilah yang telah memasyarakat ini perlu dihormati bagi memastikan bahasa Melayu terus berkembang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Terminologi; COVID-19; Korpus; Analisis sosioterminologi; Penciptaan istilah |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 15730 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Nov 2020 07:28 |
Last Modified: | 19 Nov 2020 01:26 |
Repository Staff Only: item control page