Perbahasan isu Isra’iliyyat dalam corpus al-Isra’iliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub al-Tafsir oleh Shaykh Abu Shahbah (1914-1983)

Ahmad Yunus Mohd Noor, and Zahidah Zainal Abidin, (2018) Perbahasan isu Isra’iliyyat dalam corpus al-Isra’iliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub al-Tafsir oleh Shaykh Abu Shahbah (1914-1983). Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3 (1). pp. 1-11. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
667kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Kitab al-Isra’iliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub al-Tafsir merupakan sebuah karya agung Shaykh Abu Shahbah. Karya ini merupakan salah satu usaha dalam membersihkan karya-karya tafsir daripada penyelewengan unsur luaran yang menempel al-Quran (al-dakhil) dengan fokus utama perbahasannya ialah penelitian semula riwayat cerita-cerita israiliyyat dan hadith palsu (Mawdu’) yang terdapat di dalam tafsir al-Quran. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis kaedah perbahasan israiliyyat yang digunakan oleh Shaykh Abu Shahbah dalam karya ini. Kajian ini juga akan melihat secara ringkas latarbelakang ketokohan Shaykh Abu Shahbah sebagai seorang ahli hadith yang disegani. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif berasaskan analisis kandungan. Karya al-Isra’iliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub al-Tafsir oleh Shaykh Abu Shahbah dijadikan sebagai sumber primer manakala data-data sumber sekunder yang releven berkaitan kajian dikumpul menggunakan instrumen analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan Shaykh Abu Shahbah fokus pada penelitian riwayat israiliyyat dari segi sanad dan matan dengan memasukkan dalam penulisannya sebilangan besar kisah-kisah israiliyyat dan riwayat-riwayat hadith palsu yang terkandung di dalam karya-karya tafsir dengan perbahasan secara teliti dan mendalam. Kaedah yang digunakan oleh Shaykh Abu Shahbah ini bersifat ilmiah dan akademik sesuai dengan sasaran pembaca dari golongan ilmuwan dan penuntut ilmu.

Item Type:Article
Keywords:Metodologi; Shaykh Abu Shahbah; Kisah Israiliyyat; Hadith Mawdu’
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:15737
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2020 00:39
Last Modified:20 Nov 2020 14:37

Repository Staff Only: item control page