Mohd Nazri Ahmad, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, (2018) Metodologi Muhammad Sa’id Umar terhadap periwayatan hadith-hadith Asbab al-Nuzul dalam Tafsir Nurul Ihsan. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3 (1). pp. 12-23. ISSN 0128-0899
|
PDF
519kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Tafsir Nurul Ihsan merupakan tafsir bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275H/1854 di kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbab al-Nuzul telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Oleh itu, satu kajian tahqiq terhadap Asbab al-Nuzul di dalam tafsir ini perlu dilakukan memandangkan riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang lain yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa’id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul iaitu Tafsir al-Jalalayn dan al-Futuhat al-Ilahiyyah atau lebih dikenali dengan Hashiah al-Jamal. Kajian ini juga mendapati terdapat 172 riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul, 68 daripadanya adalah sahih dan 104 adalah da’if. Selain itu, kajian ini juga telah mengesan terdapat riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul yang sahih yang tidak selaras dengan ayat-ayat al-Qur’an dan tidak sesuai untuk dijadikan sebab turun bagi sesuatu ayat al-Qur’an. Implikasi daripada kajian mendapati riwayatriwayat Asbab al-Nuzul yang da’if memberi kesan terhadap kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tafsir Nurul Ihsan; Tafsir Bahasa Melayu; Muhammad Sa’id Umar; Asbab al-Nuzul; Kredibiliti tafsir |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 15738 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Nov 2020 00:46 |
Last Modified: | 20 Nov 2020 14:38 |
Repository Staff Only: item control page