Perspektif feminis dalam isu homoseksual

Nur Zainatul Nadra Zainol, and Latifah Abdul Majid, and Hayati Hussin, (2018) Perspektif feminis dalam isu homoseksual. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3 (1). pp. 46-54. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
475kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Serangan pemikiran yang berkehendak kepada penerimaan homoseksual sebagai satu perbuatan yang tidak menyalahi syariat telah menular dalam masyarakat Islam kini. Golongan yang menerima homoseksual ini memberi alasan agama harus diamalkan bersesuaian dengan realiti semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hukum yang telah thabit dengan nas-nas syarak secara qatc i. Serangan ini dilakukan oleh feminis yang memperjuangkan hak-hak kesamarataan gender kerana mereka berpendapat sebahagian hukum yang terdapat dalam al-Quran telah menindas serta mendiskriminasi gender. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran feminis terhadap isu homoseksual serta kritikan pemikiran mereka menurut al-Quran dan alSunnah. Metode yang digunakan adalah analisis kandungan 3 karya feminis sebagai kaedah untuk mengumpulkan data dan kaedah diskriptif digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan golongan feminis berkehendak untuk membela golongan homoseksual dengan hujah-hujah mereka walaupun ia melibatkan hukum-hukum al-Quran yang telah thabit dengan nas-nas syarak secara qat’i. Implikasi kajian menunjukkan perjuangan golongan feminis ini wajar diperhalusi dan diberi perhatian serius kerana pemikiran kesamarataan gender adalah bukan berasal daripada agama Islam malah ia berasal daripada tradisi masyarakat barat Justeru, pemikiran yang berkehendak kepada keterbukaan dalam berijtihad dengan meletakkan akal pada tempat yang paling tinggi berbanding al-Quran dan al-Sunnah seperti feminisme harus dibendung daripada menyerap masuk dalam pemikiran masyarakat Islam.

Item Type:Article
Keywords:Kritik pemikiran; Kajian feminis; Homoseksual; Pemikiran liberal
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:15741
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2020 01:01
Last Modified:20 Nov 2020 14:44

Repository Staff Only: item control page