Nasarudin Desa @ Man, and Tengku Intan Zarina Tengku Puji, and Sabri Mohamad, (2018) Menangani keruntuhan akhlak masa kini menurut Islam. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3 (1). pp. 55-63. ISSN 0128-0899
|
PDF
344kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengubah akhlak seluruh manusia. Akhlak sangat penting dalam mencorakkan kehidupan setiap individu kerana ia menentukan tingkahlaku dan perbuatan sama ada baik atau sebaliknya. Masyarakat kita pada hari ini dicemari dengan pelbagai krisis akhlak merangkumi tingkah laku dan perbuatan tidak bermoral seperti berkelakuan tidak sopan di tempat awam, sumbang mahram dan zina yang akhirnya menyebabkan kelahiran anak luar nikah. Hal ini menggambarkan betapa masyarakat kita sedang berhadapan dengan masalah keruntuhan akhlak yang sangat serius. Kajian ini dibuat bagi mencari penyelesaian terhadap masalah keruntuhan akhlak melalui pendekatan perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis dokumen-dokumen seperti jurnal, artikel dan penulisan ilmiah berkaitan. Kajian mendapati terdapat beberapa dalil alQuran dan al-Hadith yang boleh menjadi benteng utama dan digunakan bagi tujuan menangani masalah keruntuhan akhlak. Sehubungan itu, keruntuhan akhlak masa kini dapat ditangani sekiranya masyarakat berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Akhlak; Etika; al-Ghazali; al-Quran; Hadith |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 15742 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Nov 2020 01:05 |
Last Modified: | 20 Nov 2020 14:45 |
Repository Staff Only: item control page