Keberkesanan kaedah al-Matien dalam pembelajaran tilawah al-Quran

Haziyah Hussin, and Masitah Ismail, (2018) Keberkesanan kaedah al-Matien dalam pembelajaran tilawah al-Quran. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3 (2). pp. 1-8. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
522kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Kaedah Iqra’ merupakan teknik yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolahsekolah Malaysia bagi membolehkan murid dapat membaca al-Quran dengan cepat. Namun begitu isu kelemahan penguasaan murid dalam tilawah al-Quran secara bertajwid masih tidak dapat diselesaikan. Hal ini mendorong inovasi dan penciptaan kaedah dan teknik pengajaran al-Quran yang baharu. Kaedah alMatien merupakan satu modul pengajaran al-Quran yang menekankan penguasaan bacaan dan tajwid secara serentak. Artikel ini bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah al-Matien secara empirikal dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk kuasi eksperimen dalam ujian pra dan pasca ke atas 30 orang responden di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. Data kajian dianalisis menggunakan ujian t berpasangan ke atas kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan bacaan al-Quran bagi kumpulan yang menggunakan Kaedah al-Matien berbanding dengan kumpulan kawalan. Selain itu, keupayaan murid menguasai ilmu tajwid secara teori juga lebih tinggi iaitu 66.7% mendapat gred A, berbanding 6.7% sahaja dari kumpulan kawalan. Kaedah al-Matien mempunyai kelebihan yang tersendiri justeru ia wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan sebagai modul pengajaran al-Quran dalam arus perdana.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah al-Matien; Tilawah al-Quran; Ilmu tajwid; Kaedah Iqra’; Inovasi
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:15749
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2020 02:34
Last Modified:20 Nov 2020 15:32

Repository Staff Only: item control page