Keutamaan amalan tadabbur al-Quran terhadap pelajar tahfiz

Maisarah Thulhuda Mat Jafri, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, and Sabri Mohamad, (2018) Keutamaan amalan tadabbur al-Quran terhadap pelajar tahfiz. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3 (2). pp. 16-21. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
316kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Tadabbur al-Quran adalah proses interaksi terhadap al-Quran yang bersifat universal. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya tadabbur disertakan ketika membaca al-Quran lebih-lebih lagi kepada golongan penghafal al-Quran. Namun, realiti menemukan bahawa pelajar tahfiz sendiri tidak menunjukkan usaha dalam mencari makna ayat, sebaliknya hanya menumpukan terhadap hafazan. Situasi ini menunjukkan bahawa proses tadabbur tidak berlaku sedangkan tadabbur al-Quran merupakan syarat utama untuk mencapai objektif al-Quran diturunkan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keutamaan amalan tadabbur alQuran dalam kalangan pelajar tahfiz. Kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk analisis dokumen secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan tadabbur dengan hafazan al-Quran khususnya dalam bab kefahaman makna ayat. Secara keseluruhannya, tadabbur al-Quran mampu memberikan impak yang positif kepada pelajar tahfiz daripada sudut pemahaman, penghayatan serta pengamalan terhadap ayat-ayat al-Quran. Justeru, kajian ini perlu ditinjau dengan lebih dalam supaya dapat melihat sejauh mana tadabbur al-Quran menjadi keutamaan terhadap pelajar tahfiz di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Pelajar tahfiz; Tadabbur; al-Quran; Hafazan; Tahfiz di Malaysia
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:15751
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2020 02:46
Last Modified:20 Nov 2020 15:34

Repository Staff Only: item control page