Perkembangan ilmu Munasabah dan sumbangannya pada konsep kesatuan tema al-Qur’an

Muhamad Syaari Ab Rahman, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2018) Perkembangan ilmu Munasabah dan sumbangannya pada konsep kesatuan tema al-Qur’an. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3 (2). pp. 22-29. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
466kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Ilmu Munasabah ialah salah satu ilmu penting dalam pentafsiran al-Qur’an. Artikel ini bertujuan menganalisis sejarah perkembangan ilmu Munasabah sejak awal kemunculannya sehingga menjadi satu cabang ilmu yang sistematik dalam pentafsiran al-Qur’an pada waktu ini. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara analisis kandungan. Data dikumpul melalui analisis kandungan terhadap karya-karya Ulum al-Qur’an, kitab-kitab tafsir yang mengaplikasikan ilmu Munasabah dan kajiankajian semasa para sarjana berkenaan dengan ilmu Munasabah. Selanjutnya, data yang diperoleh ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati ilmu Munasabah telah mengalami proses perkembangan dan pematangan sehingga mencetuskan ilmu kesatuan tema surah dan kesatuan tema alQur’an itu sendiri. Implikasi kajian menunjukkan pentingnya kefahaman terhadap ilmu Munasabah ini agar para pentafsir al-Quran dapat memberikan kefahaman yang komprehensif kepada satu-satu nas al-Qur’an dan membuktikan bahawa al-Qur’an adalah kalam Allah S.W.T yang sempurna tanpa sedikitpun kecatatan.

Item Type:Article
Keywords:Ilmu Munasabah; Pentafsiran al-Quran; Kesatuan tema al-Quran
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:15752
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2020 02:51
Last Modified:20 Nov 2020 15:42

Repository Staff Only: item control page