Status hadith dalam Risalah Tarekat Naqshabandiyyah karya Sheikh Yahya

Mamnun Barizi Abdul Kafi, and Mohd Akil Muhamed Ali, (2018) Status hadith dalam Risalah Tarekat Naqshabandiyyah karya Sheikh Yahya. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3 (2). pp. 30-39. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
772kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Kitab jawi tentang tasawuf dan tarekat yang bertajuk Risalah Tarekat Naqshabandiyyah Jalan Makrifat ialah kitab yang ditulis oleh Sheikh Yahya bin Laksaman al-Khalidi (1910-1989 M), seorang guru mursyid tarekat Naqshabandiyyah daripada Sumatera. Artikel ini telah meneliti 17 hadith tentang zikrullah yang terdapat dalam siri pertama risalah tersebut. Kajian dibuat bagi mengenal pasti sumber pengambilan hadith, sanad dan hukumnya. Juga menganalisis peratusan hadith yang diterima dan boleh digunakan sebagai motivasi untuk beramal, dan peratusan hadith yang ditolak. Kaedah takhrij telah digunakan bagi mengenal pasti hadith, iaitu dengan cara mencari daripada sumber yang berasal daripada masadir al-asliyyah dan masadir ghaiyr alasliyyah dengan bantuan laman-laman sesawang aplikasi carian hadith. Metode analisis yang digunakan ialah metode analisis kandungan dan mengambil reka bentuk kajian kualitatif. Kajian mendapati, daripada 17 hadith yang diteliti tiga hadith di antaranya berstatus sahih (17.64%), tiga ḥasan li dhatih (17.64%), satu hasan li ghayrih (5.88%), tujuh hadith daif (41.17%), dua mawdu (11.76%), dan satu hadith yang tidak dikesan sumbernya (5.88%). Kajian juga mendapati 14 hadith diterima (82.35%) dan tiga hadith ditolak (17.64%).

Item Type:Article
Keywords:Status; Hadith; Tarekat; Naqshabandiyyah
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:15753
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2020 02:56
Last Modified:20 Nov 2020 15:43

Repository Staff Only: item control page